Ranjau Perjalanan Hidup

Hidup Ibarat Roda, Ada Pahit dan manisnya.

Adakah ia Tanda-tanda nak bersalin?



السّلام عليكم و رحمة الله

Alhamdulillah.... sudah lama aku tak update laman blog aku nie.... bukan ape... sejak pregnant nie... nak menaip kena ada meja ngan kerusi... Dah tak boleh sambil baring... perut sakit nanti.... emmm.... Syukur alhamdullilah sekarang kandungan aku dah masuk minggu ke  34... Waaaaa ada 2 minggu lagi nak masuk 9 bulan.... risau pun ada takut pun ada... perasaan dah bercampur aduk... 
Rasanya masih terlalu awal lagi nak cerita pasal tanda - tanda bersalin nie.... tapi bila aku kat opis ramai akak- akak kat sini duk tegur aku.... sarat sangat lah... dah tak lama dah le... hidung aku dah merah lah.... hai..... tetiba datang risau dalam pikiran aku.... ke.... sayang nak kuar awal nie..... dah tak sabar nak jumpa umi ngan abah ke?. tapi... aku harap - harap sempat le sampai ke KB.... aku nak bersalin dekat sana..... tanah tumpah darah aku sendiri... hehehhehe.. Oklah.... duk cari - cari... akhirnya aku jumpa le skit info pasal tanda - tanda bersalin..... layaaaannnnnnnn :)


Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah (Dah turun dah.. doc kata dah enggage dah kepala baby.. tue yg slalu ghase nak terkencing bagai...)

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (dah ghase skrg nie.. sakit woo... kalu dah baring, kemain susah nak bangunnn... )
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang (Nie mang dah ghase gak, kalu ade org tolong urut skrg nie.. pheww... bestnyer....)
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...