Hai rasanya dah lama aku tak update
blog kesayangan aku…. Banyak cerita yang aku simpan untuk ditulis dalam blog
nie… Tapi kebanyakkannya banyak cerita happy dari tak happy le… Macam mana aku
nak mulakan cerita nie ek… aduh… lama tak menaip dah hilang skill berceloteh di
blog aku nie… oklah… aku start dengan cerita gembira yang pertama.. nanti di
post yang lain aku akan sambung dengan babak gembira yang kedua dan seterusnya….
Oklah… Tanggal 29 Januari 2012 jam
1.25 PM, aku telah selamat melahirkan puteri kesayangan kami iaitu Nur Alya
Maisarah diberi nama… Aku melahirkannya bukan secara normal iaitu secara
perbedahan… aku tak kisah itu semua… yang aku pikir masa tue… aku nak baby
dalam kandungan aku selamat melihat dunia ciptaan tuhan nie… Ahhh… baru aku
tahu betapa besarnya pergorbanan seorang ibu kepada anaknya ketika….. bagi
orang yang pernah lalui saat itu sahaja yang dapat merasakan perasaan seorg ibu
macam mana….
Actually aku punya due untuk
bersalin lambat lagi… iaitu 18 februari 2012, tapi sapa sangka… baby nak tengok
dunia ciptaan Allah ini cepat….. so aku terawal 3 minggu dari tarikh due…. Memang
sama sekali aku tidak menduga keadaan seperti itu berlaku…. Ceritanya bermula
seperti nie…
Tanggal 17 januari 2012 adalah
tarikh terakhir aku mempunyai appointment dengan doktor zana di annexe 2 untuk
check up kandungan ku. Disaat itu doktor telah member aku mc selama 7 hari
bermula dari 27 Januari 2012 sehinggalah 31 januari 2012. Mengikut doktor aku
dah boleh start bercuti bermula dari hari raya cina disebabkan oleh kandungan
gula dalam badan aku tidaklah stabil… sekejap normal dan sekejap naik… aduh…
ingat balik seksa rasanya… makanan kena jaga… darah kena selalu ambil… siap
kena rujuk pada bahagian dietition lagi…. tapi aku tak kisah semua tue… yang
penting bagi aku baby dalam kandunganku ini sihat… Aku setuju dengan cadangan
doktor zana tersebut untuk cuti lagi awal… tapi sebenarnya aku tak risau pun
pasal kandungan aku nie… sebab bagi aku due lambat lagi… hehhehehehe dalam
pikiran aku… yes… dapat cuti awal….. aku dah tak larat nak buat testing lagi… hehehehhe
Disebabkan oleh tarikh due masih
lagi lambat.. so aku setuju lah untuk balik pada 28 Januari 2012. Aku, husband,
mak aku dan adik ipar aku bersetuju untuk balik pada hari itu.. kami bertolak
pagi dari Kuala Lumpur ke Kelantan melalui Terengganu.. wahhhh jauh gila
perjalanan… dah terpaksa balik ikut sana nak buat macam mane… ikut hati nak
terus aje ikut betong tue…. Sapa larat
weh…. Perjalanan yang jauh seperti tue dengan keadaan yang sarat macam tue…. Tapi
disebabkan oleh janji ngan mak mentua untuk ambil air selusoh… so terpaksa le
aku tahan… masa dalam perjalanan tue tidak ada sedikit pun tanda – tanda yang
menunjukkan aku ingin bersalin… so aku memang tak terpikirlah… kami memulakan
perjalanan seawal jam 6.30 AM dari rumah ku di kota damansara… lebih kurang jam
9 AM kami berhenti di Genting Sepah untuk sarapan pagi…. Kesian jugak dekat
suami tercinta aku… kena bawa kereta jauh2 sorang dengan perut lapar… so kami
berhenti le dekat RnR situ…
Selepas beberapa minit berhenti
untuk sarapan pagi, kami meneruskan perjalanan kami yang memakan masa yang agak
lama itu… Didalam perjalanan itu juga tiada apa yang berlaku pada aku… kami
melalui perjalanan seperti biasa… tapi waktu tue badan aku cukup tidak larat…
Aku mohon kemaafan dari En Suami tercinta masa tu, di sepanjang perjalanan itu
aku tido aje kat sebelah… aku pun tak tahu kenapa… mengantuk sungguh mata aku
nie… mungkin perut aku dah sarat…. So badan sedikit penat… Lebih kurang jam 12
PM, kami sampai dirumah mak mentua ku… disitu kami berhenti untuk solat zuhur
dan makan tengahari…. Ketika itu pun tiada sedikit pun tanda yang aku ingin
bersalin… tapi org tua tahu…. Mak aku cukup risau dan tak sabar ingin bertolak
meneruskan perjalanan kami…. Jam 2.30 PM , kami meneruskan perjalanan kami
menuju ke kota bharu… seperti tadi jugak… sepanjang perjalanan aku itu… aku
tido aje… sehinggalah sampai ke pasir puteh baru aku sedar dari tido… tapi itu
pun kejap aje…. Lepas tue aku sambung tido balik… apa dah jadi ngan diri aku
nie… penat sangat ke…. Padahal bukan aku yang bawa kereta tue… hehehehehhee.
Last sekali aku sedar sudah jam 6.30 PM… masa tue kami sudah sampai di Tiong…
aaahhhh dah tak lama dah tue nak sampai umah…. Seronoknya dapat rehat malam nie….
Lebih kurang jam 7 PM kami sampai dirumah. Sampai aje dirumah aku sempat
melawak dengan akak aku…. Malam nie sakit perut nak beranak dah… hehehhehe get
ready lah ek…
Rupanya gurau aku jadi kenyataan,
malam tue jam 10.15 PM air ketuban aku mulai pecah. Nasib baik waktu itu En
Suami aku sempat balik rumah… Awal tue dia keluar jumpa abe din katanya di
pasar borong… hehehehehehehehe… tapi dengan keizinan aku… sebab aku pun tak
sangka air ketuban aku akan keluar… hehehhehe… memulanya aku tak tahu… macam
biasa aku terasa ingin kencing…. So aku ke toilet le… Oklah… memula memang le
air kencing yang keluar…. So macam biasa le… buat ape yang patut org lain buat
le…. lepas tue aku keluar dari toilet… untuk mengambil sudu… terasa lapar lak
nak makan nasi… bila aku bergerak untuk keluar dari dapur… aku terasa ada air
yang keluar… Pelik jugak nak kata nak kencing… tapi tak terasa pun… tapi air
tue keluar macam org curah air… so dengan segera aku ke toilet… aku pun kencing
le… lepas tue air tue berhenti… so aku keluar toilet… aku ke sink untuk basuh
sudu ditangan aku… tetiba air tue keluar lagi… aku pun dengan cepat ke toilet…
banyak betul air keluar… hati aku mulai berdebar… kenapa dengan aku nie… aku
pun mengambil keputusan untuk memanggil suami aku diluar… aku cerita padanya
dan minta dia kejutkan mak di dalam biliknya…
Mak
dengan mamai bangun bukak pintu… dan bertanyakan pada suami aku… Bakpo… Suami
aku dengan pinic cakap aku suruh panggil… sebab ada air keluar tak berhenti…
hehehehhe dedua tak ada pengalaman…. Memang le gabra… hehhehehe… mak pun
panggil aku keluar dari toilet itu… sampai di pintu nak keluar ke ruang tamu…
dia tengok air keluar cukup banyak…. Mak aku cakap… air ketuban aku dah pecah….
Alamak… suami aku dah kalut…. Mereka mengambil keputusan untuk bawa aku ke
klinik an nisa malam tue jugak… sebelum air ketuban aku kering… Inilah saat
yang agak lucu bila aku ingat balik…. Kecian suami aku… pucat muka dia berdebar…
iye le… pengalaman pertama lah katakan… lagi pun benda tidak dijangka… aku
dibawa oleh suami aku, mak dan kak yah menuju ke an nisa… tapi sampai di
separuh jalan… aku punya report kad yang check up tiap2 bulan tertinggal…
rupanya suami aku terlupa nak ambil.. hahahahhaha… kalut dia pusing balik kereta
pulang ke rumah… mujur masa tue lum jauh lagi perjalanan… Setelah kad itu diambil… kami pun bertolak
semula ke klinik… aduh… baju aku dah basah dengan air ketuban dah nie… tapi
yang heran… sikit pun aku tak terasa sakit…
Apabila sampai di hadapan pejabat
air Kelantan… kami diduga lagi dengan jalan yang begitu jem… dalam hati aku nie…
duk tertanya2.. apa pasal jalan jem sangat nie… tak ada hari lain ke nak jem…. Kereta
kami kedepan sikit… ooooo rupa rupanya polis buat road block kat depan tue…
alahai… polis… kenapa le time macam nie nak buat road block… kan aku beranak
dekat sini kan… hehhehehehe. Suami aku
mengambil keputusan untuk melalui jalan kecemasan… dengan selamba lalu
dihadapan polis… hehehehehe… dia membuka tingkap kereta… minta kami dilepaskan
cepat… sebab ada kecemasan aku ingin bersalin… nasib baik lah polis tue baik
hati melepaskan kami… tapi dia sepatutnya escort le kami sampai ke klinik an
nisa… sebab masa tue kereta tengah banyak… hehehehe tapi taka pa lah…. tepat
jam 11 lebih… kami selamat sampai ke klinik an-nisa… aku terus ditolak masuk ke
bilik bersalin… alamak… baru aku sedar aku dah nak bersalin nie… berdebarnya…
Bidan hospital itu menguruskan aku… dia mula check saluran Rahim aku… tapi
katanya… jalan tak bukak lagi nie… sikit pun tak bukak… lambat lagi nak
bersalin nie…
So mereka mengambil keputusan untuk
menahan aku didalam wad untuk malam itu… sementara menunggu lalu untuk baby
keluar terbukak sepenuhnya… Detik demi detik aku menunggu…. Tapi tiada apa yang
berlaku pada aku… tapi bermula jam 3 pagi itu… aku dah mulai terasa sakit
memulas… tapi tidak lah terlalu kuat… bak kata orang tua – tua.. sakit
main-main.. benda seperti itu berulang… sehinggalah sampai pagi esok nya… Pagi
29 hb januari 2012 itu… Bidan semalam datang lagi.. untuk check lalu Rahim aku….
Tapi laluan tue seperti semalam… sedikit pun tidak terbuka… tapi mengikut kata
nya… aku kena lahirkan jugak hari nie… Lebih kurang jam 9 pagi… Doktor Roseliza
iaitu pakar sakit puan dia hospital itu datang… sekali lagi aku diselup… untuk
check laluan… Nampak gayanya… masih tidak terbuka… Dr Rose mengambil keputusan
untuk memasukkan ubat dirahim aku… bagi memaksa dia untuk terbuka… kaedah ini
dipanggil induce… sepatut selepas beberapa jam aku akan terasa sakit… tapi
seribu kali sayang… sikit pun aku tak terasa.. hehehehehe. Dalam jam 12 tgh sekali
lagi Dr rose datang untuk check laluan aku… aduh… sekali lagi azad aku tahan
sakitnya… emmm masih lum terbukak lagi… sikit pun tak terbukak… sekali lagi
ubat dimasukkan…. Kali ni dah masuk kali kedua ubat dimasukkan… tapi mengikut
kata Dr.. baby dalam kandungan aku sudah mulai panas… disebabkan air ketuban
aku sudah kering… bahaya untuk baby nie… so doktor mengambil keputusan untuk
aku melahirkan baby ini secara perbedahan….
Tanpa memikir panjang… aku terus
setuju untuk menjalani pembedahan… aduh…. Pikir balik… sungguh berani aku
ketika itu…. Sedangkan sepanjang hidup aku… aku tak pernah pun menjalani
apa-apa pembedahan… tapi bila aku dengar demi menyelamatkan bayi dalam
kandungan aku… aku kuatkan semangat… so doktor mintak aku berpuasa sebelum
melakukan pembedahan tersebut… aku akan dibedah jam 2.30 PM nanti… itu adalah
perancangan awal… tetapi tetiba sekali lagi doktor tersebut masuk ke bilik aku….
Dia cakap.. dah alang-alang doktor pakar bedah dan pakar bius sudah ada disini…
apa kata kita buat teruslah… tak payah lama2 puasa… aduh… hati aku mula
berdebar… tapi lebih berdebar bila nurse tersebut minta aku turunkan tanda
tangan persetujuan di satu borang hijau… entah apa isi nya aku tak pasti… setelah
menandatangani borang tersebut aku diminta pindah ke wad lain… untuk persediaan
operation… dengan selamba aku berjalan sendirian… menuju ke wad tersebut…
Aku telah pun disiapkan oleh Nurse
disitu….. perasaan mula berdebar semakin kuat… tetapi aku berterima kasih pada
kakak dan suami aku kerana sudi memberi aku semangat ketika itu… Tiba masanya aku
ditolak kebilik operation… Aduh… macam – macam benda terlintas dipikiran aku…. Apa
yang akan berlaku sekejap lagi.. tapi aku mesti kuat semangat… demi baby dalam
kandungan aku dan suami ku… Aku ditolak masuk kebilik operation… wah… macam nie
rupanya bilik operation… sepanjang hidup aku nie lah kali pertama aku masuk…
sejuknya bukan main lagi… didalam itu
aku disambut oleh 2 org pembantu operation…. Dalam hati aku… le…. nie bukan
bilik operation lagi ke… badan aku diperiksa sekali lagi… untuk memastikan
tiada barang kemas dibadan aku… setelah itu baru aku ditolak masuk ke satu
bilik kecik… ternyata bilik itu lagi sejuk dari bilik tadi… aku ditolak dengan
katil tadi… dibilik itu terdapat sebijik katil yang cukup-cukup dengan ukuran
badan aku… aku diminta untuk pindah ke katil tersebut… Dibilik itu yang sempat
aku tengok Cuma lampu yang biasa ada dalam bilik operation… Tiba-tiba 2 org
lelaki datang menghampiri aku… oooo rupanya itu doktor pakar bius… badan aku
dicucuk… dimerata tempat… tapi aku tak rasa sakit pun… mungkin itu sebab bilik
bedah kena sejuk… hehehhe… Akhir sekali aku dipakaikan oksigen…. Tekanan oksigen
itu sangat le kuat… sehinggakan aku terasa lemas… tapi yang aku ingat sebelum
aku pengsan… aku cakap dekat doktor tue… saya lemas le doktor…. Hehehehehehe…
tapi doktor tersebut minta aku sedut aje oksigen itu… kemudian aku berada dalam
dunia lain… seolah-olah aku sedang bermimpi indah…. Indah sangat… tapi aku tak
ingat apa yang aku mimpikan…
Setelah syok aku bermimpi… tetiba
aku dikejutkan kan oleh suara dari alam reality… oooo rupanya aku telah ditolak
keluar dari bilik operation itu… tapi masa tue keadaan sedar aku masih 50 – 50…..
bak kata org pening lalat… tapi aku berfikir… apa jadi ngan aku nie… dah siap
ke operation aku… Aku ditolak masuk ke wad sebelumnya tadi… disitu baru aku
sedar 90%... aku mula tatap muka suamiku… dia memegang tangan ku… dan
menyatakan semangat aku memang kuat… aku Cuma mampu tersenyum…. Rupanya aku
telah selamat melahirkan seorang puteri yang kami tunggu selama 5 tahun…. Dengan
selamat….. bila lihat wajahnya… hilang segala rasa sakit dan bertukar dengan
rasa gembira….. Semoga ALya maisarah menjadi anak yang soleh dan anak yang
menghormati kami ibubapanya dan org yang lebih tua daripadanya… amin….. Itu le
pengalaman yang berharga Allah anugerahkan kepada Umatnya..