Ranjau Perjalanan Hidup

Hidup Ibarat Roda, Ada Pahit dan manisnya.

*** Puteri Kesayangan Kami ***

Hari nie iaitu 29 Januari 2012, jam 1.25 PM, aku dan suami aku ingin mengucapkan selamat datang kepada puteri kesayangan kami.... iaitu Nur Alya Maisarah... so kat bawah nie sedikit gambar puteri kesayangan kami untuk tatapan semua.....




Gambar ni berapa minit selepas operation tanda merah dekat tepi masih lagi ada...


Ini adalah gambar hari kedua selepas bersalin....


Wah.... nyenyaknya anak mama tido.....


Inilah permata hati kami......

***** Kelahiran Yang Dinanti *****


            Hai rasanya dah lama aku tak update blog kesayangan aku…. Banyak cerita yang aku simpan untuk ditulis dalam blog nie… Tapi kebanyakkannya banyak cerita happy dari tak happy le… Macam mana aku nak mulakan cerita nie ek… aduh… lama tak menaip dah hilang skill berceloteh di blog aku nie… oklah… aku start dengan cerita gembira yang pertama.. nanti di post yang lain aku akan sambung dengan babak gembira yang kedua dan seterusnya….
            Oklah… Tanggal 29 Januari 2012 jam 1.25 PM, aku telah selamat melahirkan puteri kesayangan kami iaitu Nur Alya Maisarah diberi nama… Aku melahirkannya bukan secara normal iaitu secara perbedahan… aku tak kisah itu semua… yang aku pikir masa tue… aku nak baby dalam kandungan aku selamat melihat dunia ciptaan tuhan nie… Ahhh… baru aku tahu betapa besarnya pergorbanan seorang ibu kepada anaknya ketika….. bagi orang yang pernah lalui saat itu sahaja yang dapat merasakan perasaan seorg ibu macam mana….






            Actually aku punya due untuk bersalin lambat lagi… iaitu 18 februari 2012, tapi sapa sangka… baby nak tengok dunia ciptaan Allah ini cepat….. so aku terawal 3 minggu dari tarikh due…. Memang sama sekali aku tidak menduga keadaan seperti itu berlaku…. Ceritanya bermula seperti nie…
            Tanggal 17 januari 2012 adalah tarikh terakhir aku mempunyai appointment dengan doktor zana di annexe 2 untuk check up kandungan ku. Disaat itu doktor telah member aku mc selama 7 hari bermula dari 27 Januari 2012 sehinggalah 31 januari 2012. Mengikut doktor aku dah boleh start bercuti bermula dari hari raya cina disebabkan oleh kandungan gula dalam badan aku tidaklah stabil… sekejap normal dan sekejap naik… aduh… ingat balik seksa rasanya… makanan kena jaga… darah kena selalu ambil… siap kena rujuk pada bahagian dietition lagi…. tapi aku tak kisah semua tue… yang penting bagi aku baby dalam kandunganku ini sihat… Aku setuju dengan cadangan doktor zana tersebut untuk cuti lagi awal… tapi sebenarnya aku tak risau pun pasal kandungan aku nie… sebab bagi aku due lambat lagi… hehhehehehe dalam pikiran aku… yes… dapat cuti awal….. aku dah tak larat nak buat testing lagi… hehehehhe
            Disebabkan oleh tarikh due masih lagi lambat.. so aku setuju lah untuk balik pada 28 Januari 2012. Aku, husband, mak aku dan adik ipar aku bersetuju untuk balik pada hari itu.. kami bertolak pagi dari Kuala Lumpur ke Kelantan melalui Terengganu.. wahhhh jauh gila perjalanan… dah terpaksa balik ikut sana nak buat macam mane… ikut hati nak terus aje ikut betong tue….  Sapa larat weh…. Perjalanan yang jauh seperti tue dengan keadaan yang sarat macam tue…. Tapi disebabkan oleh janji ngan mak mentua untuk ambil air selusoh… so terpaksa le aku tahan… masa dalam perjalanan tue tidak ada sedikit pun tanda – tanda yang menunjukkan aku ingin bersalin… so aku memang tak terpikirlah… kami memulakan perjalanan seawal jam 6.30 AM dari rumah ku di kota damansara… lebih kurang jam 9 AM kami berhenti di Genting Sepah untuk sarapan pagi…. Kesian jugak dekat suami tercinta aku… kena bawa kereta jauh2 sorang dengan perut lapar… so kami berhenti le dekat RnR situ…
            Selepas beberapa minit berhenti untuk sarapan pagi, kami meneruskan perjalanan kami yang memakan masa yang agak lama itu… Didalam perjalanan itu juga tiada apa yang berlaku pada aku… kami melalui perjalanan seperti biasa… tapi waktu tue badan aku cukup tidak larat… Aku mohon kemaafan dari En Suami tercinta masa tu, di sepanjang perjalanan itu aku tido aje kat sebelah… aku pun tak tahu kenapa… mengantuk sungguh mata aku nie… mungkin perut aku dah sarat…. So badan sedikit penat… Lebih kurang jam 12 PM, kami sampai dirumah mak mentua ku… disitu kami berhenti untuk solat zuhur dan makan tengahari…. Ketika itu pun tiada sedikit pun tanda yang aku ingin bersalin… tapi org tua tahu…. Mak aku cukup risau dan tak sabar ingin bertolak meneruskan perjalanan kami…. Jam 2.30 PM , kami meneruskan perjalanan kami menuju ke kota bharu… seperti tadi jugak… sepanjang perjalanan aku itu… aku tido aje… sehinggalah sampai ke pasir puteh baru aku sedar dari tido… tapi itu pun kejap aje…. Lepas tue aku sambung tido balik… apa dah jadi ngan diri aku nie… penat sangat ke…. Padahal bukan aku yang bawa kereta tue… hehehehehhee. Last sekali aku sedar sudah jam 6.30 PM… masa tue kami sudah sampai di Tiong… aaahhhh dah tak lama dah tue nak sampai umah…. Seronoknya dapat rehat malam nie…. Lebih kurang jam 7 PM kami sampai dirumah. Sampai aje dirumah aku sempat melawak dengan akak aku…. Malam nie sakit perut nak beranak dah… hehehhehe get ready lah ek…
            Rupanya gurau aku jadi kenyataan, malam tue jam 10.15 PM air ketuban aku mulai pecah. Nasib baik waktu itu En Suami aku sempat balik rumah… Awal tue dia keluar jumpa abe din katanya di pasar borong… hehehehehehehehe… tapi dengan keizinan aku… sebab aku pun tak sangka air ketuban aku akan keluar… hehehhehe… memulanya aku tak tahu… macam biasa aku terasa ingin kencing…. So aku ke toilet le… Oklah… memula memang le air kencing yang keluar…. So macam biasa le… buat ape yang patut org lain buat le…. lepas tue aku keluar dari toilet… untuk mengambil sudu… terasa lapar lak nak makan nasi… bila aku bergerak untuk keluar dari dapur… aku terasa ada air yang keluar… Pelik jugak nak kata nak kencing… tapi tak terasa pun… tapi air tue keluar macam org curah air… so dengan segera aku ke toilet… aku pun kencing le… lepas tue air tue berhenti… so aku keluar toilet… aku ke sink untuk basuh sudu ditangan aku… tetiba air tue keluar lagi… aku pun dengan cepat ke toilet… banyak betul air keluar… hati aku mulai berdebar… kenapa dengan aku nie… aku pun mengambil keputusan untuk memanggil suami aku diluar… aku cerita padanya dan minta dia kejutkan mak di dalam biliknya…
Mak dengan mamai bangun bukak pintu… dan bertanyakan pada suami aku… Bakpo… Suami aku dengan pinic cakap aku suruh panggil… sebab ada air keluar tak berhenti… hehehehhe dedua tak ada pengalaman…. Memang le gabra… hehhehehe… mak pun panggil aku keluar dari toilet itu… sampai di pintu nak keluar ke ruang tamu… dia tengok air keluar cukup banyak…. Mak aku cakap… air ketuban aku dah pecah…. Alamak… suami aku dah kalut…. Mereka mengambil keputusan untuk bawa aku ke klinik an nisa malam tue jugak… sebelum air ketuban aku kering… Inilah saat yang agak lucu bila aku ingat balik…. Kecian suami aku… pucat muka dia berdebar… iye le… pengalaman pertama lah katakan… lagi pun benda tidak dijangka… aku dibawa oleh suami aku, mak dan kak yah menuju ke an nisa… tapi sampai di separuh jalan… aku punya report kad yang check up tiap2 bulan tertinggal… rupanya suami aku terlupa nak ambil.. hahahahhaha… kalut dia pusing balik kereta pulang ke rumah… mujur masa tue lum jauh lagi perjalanan…  Setelah kad itu diambil… kami pun bertolak semula ke klinik… aduh… baju aku dah basah dengan air ketuban dah nie… tapi yang heran… sikit pun aku tak terasa sakit…
            Apabila sampai di hadapan pejabat air Kelantan… kami diduga lagi dengan jalan yang begitu jem… dalam hati aku nie… duk tertanya2.. apa pasal jalan jem sangat nie… tak ada hari lain ke nak jem…. Kereta kami kedepan sikit… ooooo rupa rupanya polis buat road block kat depan tue… alahai… polis… kenapa le time macam nie nak buat road block… kan aku beranak dekat sini kan… hehhehehehe.  Suami aku mengambil keputusan untuk melalui jalan kecemasan… dengan selamba lalu dihadapan polis… hehehehehe… dia membuka tingkap kereta… minta kami dilepaskan cepat… sebab ada kecemasan aku ingin bersalin… nasib baik lah polis tue baik hati melepaskan kami… tapi dia sepatutnya escort le kami sampai ke klinik an nisa… sebab masa tue kereta tengah banyak… hehehehe tapi taka pa lah…. tepat jam 11 lebih… kami selamat sampai ke klinik an-nisa… aku terus ditolak masuk ke bilik bersalin… alamak… baru aku sedar aku dah nak bersalin nie… berdebarnya… Bidan hospital itu menguruskan aku… dia mula check saluran Rahim aku… tapi katanya… jalan tak bukak lagi nie… sikit pun tak bukak… lambat lagi nak bersalin nie…
            So mereka mengambil keputusan untuk menahan aku didalam wad untuk malam itu… sementara menunggu lalu untuk baby keluar terbukak sepenuhnya… Detik demi detik aku menunggu…. Tapi tiada apa yang berlaku pada aku… tapi bermula jam 3 pagi itu… aku dah mulai terasa sakit memulas… tapi tidak lah terlalu kuat… bak kata orang tua – tua.. sakit main-main.. benda seperti itu berulang… sehinggalah sampai pagi esok nya… Pagi 29 hb januari 2012 itu… Bidan semalam datang lagi.. untuk check lalu Rahim aku…. Tapi laluan tue seperti semalam… sedikit pun tidak terbuka… tapi mengikut kata nya… aku kena lahirkan jugak hari nie… Lebih kurang jam 9 pagi… Doktor Roseliza iaitu pakar sakit puan dia hospital itu datang… sekali lagi aku diselup… untuk check laluan… Nampak gayanya… masih tidak terbuka… Dr Rose mengambil keputusan untuk memasukkan ubat dirahim aku… bagi memaksa dia untuk terbuka… kaedah ini dipanggil induce… sepatut selepas beberapa jam aku akan terasa sakit… tapi seribu kali sayang… sikit pun aku tak terasa.. hehehehehe. Dalam jam 12 tgh sekali lagi Dr rose datang untuk check laluan aku… aduh… sekali lagi azad aku tahan sakitnya… emmm masih lum terbukak lagi… sikit pun tak terbukak… sekali lagi ubat dimasukkan…. Kali ni dah masuk kali kedua ubat dimasukkan… tapi mengikut kata Dr.. baby dalam kandungan aku sudah mulai panas… disebabkan air ketuban aku sudah kering… bahaya untuk baby nie… so doktor mengambil keputusan untuk aku melahirkan baby ini secara perbedahan….
            Tanpa memikir panjang… aku terus setuju untuk menjalani pembedahan… aduh…. Pikir balik… sungguh berani aku ketika itu…. Sedangkan sepanjang hidup aku… aku tak pernah pun menjalani apa-apa pembedahan… tapi bila aku dengar demi menyelamatkan bayi dalam kandungan aku… aku kuatkan semangat… so doktor mintak aku berpuasa sebelum melakukan pembedahan tersebut… aku akan dibedah jam 2.30 PM nanti… itu adalah perancangan awal… tetapi tetiba sekali lagi doktor tersebut masuk ke bilik aku…. Dia cakap.. dah alang-alang doktor pakar bedah dan pakar bius sudah ada disini… apa kata kita buat teruslah… tak payah lama2 puasa… aduh… hati aku mula berdebar… tapi lebih berdebar bila nurse tersebut minta aku turunkan tanda tangan persetujuan di satu borang hijau… entah apa isi nya aku tak pasti… setelah menandatangani borang tersebut aku diminta pindah ke wad lain… untuk persediaan operation… dengan selamba aku berjalan sendirian… menuju ke wad tersebut…
            Aku telah pun disiapkan oleh Nurse disitu….. perasaan mula berdebar semakin kuat… tetapi aku berterima kasih pada kakak dan suami aku kerana sudi memberi aku semangat ketika itu… Tiba masanya aku ditolak kebilik operation… Aduh… macam – macam benda terlintas dipikiran aku…. Apa yang akan berlaku sekejap lagi.. tapi aku mesti kuat semangat… demi baby dalam kandungan aku dan suami ku… Aku ditolak masuk kebilik operation… wah… macam nie rupanya bilik operation… sepanjang hidup aku nie lah kali pertama aku masuk… sejuknya bukan main lagi…  didalam itu aku disambut oleh 2 org pembantu operation…. Dalam hati aku… le…. nie bukan bilik operation lagi ke… badan aku diperiksa sekali lagi… untuk memastikan tiada barang kemas dibadan aku… setelah itu baru aku ditolak masuk ke satu bilik kecik… ternyata bilik itu lagi sejuk dari bilik tadi… aku ditolak dengan katil tadi… dibilik itu terdapat sebijik katil yang cukup-cukup dengan ukuran badan aku… aku diminta untuk pindah ke katil tersebut… Dibilik itu yang sempat aku tengok Cuma lampu yang biasa ada dalam bilik operation… Tiba-tiba 2 org lelaki datang menghampiri aku… oooo rupanya itu doktor pakar bius… badan aku dicucuk… dimerata tempat… tapi aku tak rasa sakit pun… mungkin itu sebab bilik bedah kena sejuk… hehehhe… Akhir sekali aku dipakaikan oksigen…. Tekanan oksigen itu sangat le kuat… sehinggakan aku terasa lemas… tapi yang aku ingat sebelum aku pengsan… aku cakap dekat doktor tue… saya lemas le doktor…. Hehehehehehe… tapi doktor tersebut minta aku sedut aje oksigen itu… kemudian aku berada dalam dunia lain… seolah-olah aku sedang bermimpi indah…. Indah sangat… tapi aku tak ingat apa yang aku mimpikan…
            Setelah syok aku bermimpi… tetiba aku dikejutkan kan oleh suara dari alam reality… oooo rupanya aku telah ditolak keluar dari bilik operation itu… tapi masa tue keadaan sedar aku masih 50 – 50….. bak kata org pening lalat… tapi aku berfikir… apa jadi ngan aku nie… dah siap ke operation aku… Aku ditolak masuk ke wad sebelumnya tadi… disitu baru aku sedar 90%... aku mula tatap muka suamiku… dia memegang tangan ku… dan menyatakan semangat aku memang kuat… aku Cuma mampu tersenyum…. Rupanya aku telah selamat melahirkan seorang puteri yang kami tunggu selama 5 tahun…. Dengan selamat….. bila lihat wajahnya… hilang segala rasa sakit dan bertukar dengan rasa gembira….. Semoga ALya maisarah menjadi anak yang soleh dan anak yang menghormati kami ibubapanya dan org yang lebih tua daripadanya… amin….. Itu le pengalaman yang berharga Allah anugerahkan kepada Umatnya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...