Ranjau Perjalanan Hidup

Hidup Ibarat Roda, Ada Pahit dan manisnya.

Tekanan demi tekanan........


       Assalam aku ucapkan sebagai pembuka kata,,,,, Setelah sekian lama blog aku ini berdiam diri.... tetiba hari ini hati aku terdetik untuk mencoretkan dan menghidupkan semula blog aku ini.... Aku bukan sudah lupa pada hasil karya dan coretan aku... tapi aku tiada waktu dan masa.. kekadang boleh dikatakan ketandusan idea untuk mencoret disini.... 

      Namun hari ini adalah hari yang sesuai untuk aku mencatitkan dan mencalitkan apa yang terbuku dihati ini.... Aku tidak tahu macam mane untuk mulakan cerita ini... Namun aku cuba untuk coretkan disini.... Banyak kisah suka dan duka telah aku lalui selama ini... Bukan niat aku nak merunggut tetapi sekadar pengkongsian bersama.... Pengalaman pahit dan manis itu menjadi pengajaran dan pembelajaran pada aku untuk menjadi seorang insan yang lebih berguna... Aku cuba untuk coretkan satu per satu segala peristiwa yang berlaku.... Untuk panduan dan tatapan anak - anak dan cucu -cucu ku akan datang.

     Kisah bermula 18 mac 2020, dimana malaysia dikejutkan dengan kehadiran wabak pendemik yang melibatkan satu dunia... Dimana negara pertama yang mengalaminya adalah china.. dan diikuti dengan negara - negara lain. satu demi satu negara lumpuh disebabkan oleh wabak covid -19 ini.... Peningkatan kematian dan org yang dijangkiti semakin banyak sehinggakan ada negara yang hampir lumpuh kerana penularan virus tersebut. Seorg demi seorg meninggal... Termasuk jugak malaysia.... Bahaya betul virus nie... semua jadi takut... Sehinggakan malaysia terpaksa diistiharkan PKP diseluruh malaysia... 

     Pada waktu ini, segala pergerakkan disekat, tiada istilah untuk berjalan kemana mana... Semua hidup dengan norma baru... Yang bekerja terpaksa membiasakan diri dengan bekerja dirumah... Termasuklah aku.... Rumah dijadikan opis... Demi memutuskan rantaian tersebut, Kami semua akur... Anak -anak terpaksa bersekolah dirumah secara online.... Memang totally new norma bagi kami  rakyat malaysia....  #stayathome 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...