Ranjau Perjalanan Hidup

Hidup Ibarat Roda, Ada Pahit dan manisnya.

Hari Raya Terakhir





Hatiku sungguh pilu mengenangkan tarikh itu. Tarikh itu merupakan tarikh keramat yang mana, org yang aku sayangi, yang banyak berbakti pada aku pergi buat selamanya dalam sekelip mata. Baru aku sedar raya haji tahun lepas merupakan hari raya terakhir aku bersama abah yang tercinta, perginya mengejutkan kami sekeluarga.

Aduh pilunya hati aku menyambut hari raya tahun nie. Apalah ertinya hari raya tanpa abah disisi, tetapi yang dihidup haruslah meneruskan kehidupannya. Tanggal 25 hb 7 2009 merupakan hari terakhir aku mengucup tangan abah memohon maaf dan restu darinya sebelum aku memulakan kerjaya aku yang baru di sebuah company GLC di Kuala Lumpur.









Peristiwa ini aku akan ingat sampai bila - bila. Detik pukul 3.00 ptg pada 30 hb ogos 2009, aku menerima panggilan Telefon daripada kakak aku di kampung. Ya tuhan..... terkejutnya aku... bila menerima panggilan tersebut. Rupanya bapa aku telah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama di bulan ramadhan. Ya allah.... cantiknya anugerahmu ya allah.... Di bulan ramadhan abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mengikut kakak aku, abah telah meninggal dunia sewaktu pulang dari masjid selepas menunaikan fardhu zohor. Ya allah, beruntungnya arwah abah.

Apabila menerima panggilan tersebut dengan pantas aku dan suamiku berkemas untuk pulang ke kampung. Tiada kata yang dapat aku ungkaikan. Hanya tangisan yang dapat menemani aku sepanjang perjalanan dari johor ke Kelantan. Hatiku hanya sempat berdoa agar aku dapat berjumpa atau menatap jenazah org yang aku sayangi buat kali terakhir. Dalam jam 5 aku sampai di mersing, aku mendapat panggilan telefon dari kakak ku lagi menyatakan jenazah akan dikebumikan lepas solat terawih. Ya allah tuhan sahaja yang tahu, sedih dan pilunya hati ini bila menerima berita itu. Wajah abah ku tetiba terbayang di pikiran aku. Ya allah... tak sempat aku mengucup abah aku buat kali terakhir. Air mata ku tidak henti - henti membasahi pipiku. Semangat aku makin jatuh, nasib baik kekuatan aku dipulih oleh suamiku. Akhirnya aku dapat menerima kenyataan tue. Terpikir jugak aku, iyalah tak elok biarkan jenazah lama2. Tetapi dalam hati aku, sentiasa berdoa semoga aku dapat menatap wajah abah aku kali terakhir.
Selang beberapa minit kemudian, aku menerima panggilan telefon lagi dari kakak aku. Dia menyatakan upacara pengembumian akan dilaksanakan pada pukul 11 pagi keesokkan harinya. Ya allah.... terima kasih tuhan... kerana memakbulkan doa aku. Tercapai juga hasrat aku untuk mengucup abah aku buat kali terakhir. Sepanjang perjalanan pulang itu, air mata aku tak henti - henti turun. Mujurlah ada suami aku di sebelah yang sentiasa menenangkan aku.

Lebih kurang jam 2.30 pagi aku sampai di kelantan. Sampai aje di kampung, aku terus menuju naik ke atas rumah. Belum sempat aku naik ke atas rumah, mak aku dengan cepat memeluk aku. Aku menangis dipelukan mak aku. Mak aku menenangkan aku. Bila terasa tenang, aku menuju ke ruang tetamu. Pilu nya hati aku apabila terlihat sekujur kaku tubuh abah aku terbaring di atas tilam di lantai. Ya allah..... memang sah lah yang abah aku pergi meninggalkan aku buat selama - lamanya.
Ya allah.... tak sempat aku menyambut hari raya aidil fitri bersama abah aku di tahun ini. Setiap solat aku sentiasa mendoakan agar arwah di tempatkan bersama orang yang soleh dan beriman. Amin....

Majlis Berbuka Puasa Di Boulevard Hotel, Mid Valley

Hai...... lama tul aku tak menulis blog aku nie.... gambar dan kenangan aku berbuka puasa nie pun dah lama pending di posting nie..... Ni lah kisah dan buku baru aku hidup di kl selepas ketiadaan arwah bapa ku.........
Oklah... sekarang kita buka lembaran baru sempena tahun baru nie.... 2010..... Ok kita balik pada tajuk asal, ni lah pertama kali aku makan berbuka puasa sedap di hotel..... Gila ko.... banyak gila makan kitorg makan...... tgk le atas meja tue.... macam2 makan ada........ sampai penuh perutku.......





Dah semua kenyang mana tak nya..... licin makan yang banyak kat atas meja tue kitorg kerjakan..... Lepas tue kitorg berposing lak.... iye le.... posing tue mesti..... Diorg nie.... macam2 gaya ade...... Tapi masa nie... aku masih lagi dalam keadaan sedih..... iyelah... mana tak nya.... sana sini... bunyi lagu raya..... aduh... pilu hati aku... teringatkan yang aku akan berhari raya tanpa arwah abah........ tapi aku lawan jugak..... iye le... org tue cakap... tak baik tangisi atas ketiadaan org yang telah pergi..... so... aku terpaksa lawan perasaan sedih aku tue.....





Gambar nie pulak....... saat menunggu azan kedengaran..... aduh..... semua muka tak tahan godaan makan sedap semua.... hihihihihihihhiihhi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...