Ranjau Perjalanan Hidup

Hidup Ibarat Roda, Ada Pahit dan manisnya.

++ Memorial 2017.. Kenangan Baby ke 3 Ku ++

As Salam gojes dan sayang semua......

          Dah lama aku tidak bercoret diruangan ini.... hampir setahun lebih dia bersawan... mungkin penuh dengan labah labah dah blog aku nie... Apa nak buat... tak sanggup aku coretkan dengan tinta untuk kerana tahun 2017 penuh pahit dan maung yang telah aku lalui... Tapi ku cuba juga untuk ku coretkan sebagai kenangan. Semoga dengan coretan ini akan tidak ku lupakan pada sejarah hitam yang aku pernah tempohi dalam tahun ini....

            Coretan ini akan ku simpan dalam hati dan terbuku dalam blog aku ini.... Kisah yang paling sedih aku lalui... Yang menyebabkan semangatku hilang seketika... yang menyababkan aku hilang diri aku sendiri... Sebuah kisah kehilangan yang perlu aku tempuhi untuk kali keduanya... Ya Allah... sungguh berat untuk tempohi... Saat kegembiran yang hanya seketika... tapi aku bersyukur... walaupun hanya sementara... Yang terindah dalam hidupku untuk kali ketika....

           Detik 30 Julai 2017.... Jam 8.30 pg.... aku melaporkan diri ke Pusat Perubatan Annisa. Ini adalah kali yang terakhir buat aku berada disini.... Lepas ini tidak mungkin aku akan kesini lagi... Detik 10.40 pagi, keluarlah puteriku yang ketiga.... Sungguh bahagianya diri ini bila dapat memandang puteriku yang terakhir nie... Comel sungguh dan cukup sempurna sungguh raut mukanya. Tangisan yang aku dengari itu buat aku hilang rasa segalanya... hilang rasa sakit epidural dan segalanya... Itulah Puteriku yang ketiga... Siti Fatimah Az Zahra binti Mohd Rafazili.

           Kehadiranmu ditunggu- tunggu oleh mama, abah, kak yaya dan kak ida... Raut wajahmu salin tak tumpah dengan kak ida dan kak yaya... Ya Allah akulah org paling bahagia kerana kehadiran anakku ketiga kedunia... Saat pertama kali mama mengucupmu... tiada kata yang mama boleh gambarkan selain kebahagian... Kerana mama tahu lepas ni, mama tak akan lalui lagi saat macam nie lagi... Saat yang ditunggu dan diinginkan oleh seorang wanita....

          Tapi indah itu tidak lama... tapi aku masih bersyukur kerana aku sempat menatap dan menyusukan anak ku yang ke tiga... walau pun hanya dalam masa yang singkat. Tapi aku pasrah dan redha. Untuk detik sedih tue, kita continue next post yea... kalau nak cerita semua disini panjang pulak... Boleh jadi cerpen...... Walaupun post nie dah lama, 2 tahun lepas.. tapi aku nak selitkan disini jugak sebagai kenangan yang aku nak kongsikan pada korang semua... Kat bawah nie aku kongsi sikit gambar arwah anakku ketiga. Baby Siti Fatimah Az Zahra.








0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...