Ranjau Perjalanan Hidup

Hidup Ibarat Roda, Ada Pahit dan manisnya.

@* RiNdU TaK TeRtAhAn *@

Satu kenangan terindah…. Emmm… aku pun tak tahu kenapa sejak akhir – akhir ini… aku rindu dengan kehidupan aku yang lepas… dari segi life style aku… pekerjaan aku… suasana tempat kerja aku yang dulu… itu semua buat aku terpikir sendiri… apakah salah keputusan aku…. Tapi… bila pikir balik…. Mesti ada hikmah disebalik apa yang berlaku…. Itu memang aku tak boleh sesali dan nafikan…. Tapi bila aku recap balik post aku yang lalu… rasa rindu pada tempat kerja aku yang lama semakin tebal… rindu dari segi suasana… dengan pekerjanya… aku rindu suasana itu semua… tiada erti kata pangkat dan darjat disana… kita semuanya sama…. Ikatan silaturahim itu amat kuat… bak kata perpatah melayu… cubit peha Kanan peha kiri terasa… susahnya aku nak cari suasana itu sekarang… semua menjaga kepentingan diri…. Emmm mungkin ini budaya kerja disini…. Sapa yang tak ada kepentingan ditindas….

Tapi hairan jugak aku nie… walau stress macam mane pun aku ditempat lama… tapi tak ada le terasa bosannya kerjanya disini sekarang… adakah aku tidak bersyukur…. Entah le…. Bila korang berada ditempat aku…. Baru korang dapat merasakan perasaan aku sekarang… Jiwa aku cukup tidak dapat rasa kepuasan dalam bekerja…

Tapi baru aku tahu… bertapa syurganya masa itu…. Disana aku banyak belajar dan banyak ilmu yang dapat aku timba… tapi disini… apa yang aku dapat… Cuma cemuhan daripada user… mengenai apa yang orang lain buat… Satu ketika dahulu…. Aku amat dipercayai dan kepakaranku amat dihargai… tapi disini sekarang semuanya pudar… semuanya sia- sia… emmm adilkah dunia macam tue… entah le…. Tapi inilah hukum dunia… hukum yang diadili oleh manusia… Tapi aku tahu…. Tuhan itu maha adil… balasannya pada umatnya juga cukup adil… itu yang aku pegang sekarang…… Semoga ada sinar kerjaya dimasa hadapan….. AMIN…..

* Ungkai Kenangan Dulu *


Sabtu 12 Feb 2011, hari ini merupakan hari minggu yang cukup bahagia… kenapa yea… iye le… hari aku dapat berehat sepenuhnya dirumah tanpa gangguan dari kerja – kerja tuntutan dunia… hihiihihihihihhihi…. So dengan peluang dan masa yang ada ini aku ambil kesempatan untuk menghidupkan balik blog aku yang agak lama aku tinggalkan…. Aku recap balik satu per satu post yang telah aku karang sebelum… tetiba hatiku mula berasa sayu bila terbaca post ini…. “Hari Raya Terakhir

Setiap kali aku membaca post tersebut membuatkan air mata aku

menitis… aku amat merindui insan yang aku maksudkan dalam ppost tersebut… Aku rindu untuk menatap, mengucup tangannya dan bergurau senda dengannya… Masa itu sudah tidak aku

lalui sekarang… aku amat merinduinya.. Aku rindu untuk memanggil panggilan ABAH… aku rindu itu semua… Abah tiada pengantinya… dialah satu dihatiku. Tiada sapa yang bisa mengambil tempatnya dihati aku….


Dalam sedar tak sedar sudah hampir 2 tahun lebih aku kehilangan. Aku pasrah… tuhan lebih menyayangi dirinya…. Tapi peristiwa 30 ogos 2009 masih segar dalam ingatanku… malah wajah, senyuman, ketawa dan suaranya masih lagi segar dalam ingatan dan hati kami anak nya… Setiap sembahyangku… tidak jemu ku berdoa pada yang maha esa supaya tempatkan roh nya ditempat orang yang beriman. Amin…..


*@*@ AkU BuKaN BiBiK *@*@

Lama sungguh aku tinggalkan blog aku nie…. Hai… kalau macam nie gayanya baik le aku masuk release…. Ada jugak masa untuk rest…. Ini tak 24 hour non stop… kerja kerja kerja… sampai bila le aku nak jadi hamba kerja nie… tapi kalau tak kerja ape aku nak makan…. Gaji suami aku tidak cukup untuk menampung 3 mulut ditambah pulak dengan commitment lain lagi… aduh…. Susah jugak nak tempoh hidup nie…. Betul kata orang …. Bukan senang nak senang…. Pengorbanan diperlukan disini… emmm terpaksa le aku ikat perut dulu sekarang…. Bila le TM nie nak bayar claim aku nie… penat le tunggu…

Sabar… sabar…. Tak cukup sabar lagi ke aku… tapi kalau 2 mulut aje… aku tak kisah…. Nie ade yang dapat gaji dah… bukan guna nak buat makan…. Tapi makan ditanggung lagi… duit gaji… simpan.,, buat bayar telepon pompuan… mane tak tension… tak ada usaha langsung…. Kekadang naik menyampah aku tengok… Lagi buat aku tak sabar… ada perangai baru sekarang…. Nak makan kena sediakan…. Kalau tak… rela kurung diri dalam bilik…. Aduh….. perangai tue buat aku tak tahan… sapa tahan…. Macam ngada – ngada pulak…. Mahu aje aku lekuk kepala dia….. tarik telinga… tlg le… jangan sampai aku hilang sabar.. Lagi satu tolong le jangan sepahkan rumah…. Penat tau…. Bukan

budak lagi da besar …. Dah boleh jadi laki orang….

Kalau macam nie perangai le…. Bak kata…. Tak ade org nak le…. Hiihihihihhiihi jahat mulut….. Ok lah… cukup – cukup le buat dosa…. Kalau yang mengenali… maaf ye… kalau ada terasa…. Sekadar luahan hati…. At least balik umah leh kunci mulut… hihihihihiihhiihih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...