Ranjau Perjalanan Hidup

Hidup Ibarat Roda, Ada Pahit dan manisnya.

*** KeNaNgAn ZaMaN MuDa *****




Emm..... Malam nie tetiba aje aku rasa nak layan lagu hindustan... Jangan tak tahu.. dulu aku nie memang addict le filem - filem hindustan nie... Lagu hindustan nie kekadang best juga layan sekali sekali... Bab kata org layan jiwang sekali sekala.... Hihihihihi... tak tahu le tetiba malam nie jiwa sentimental aku tetiba keluar..... Hihihihi....
Sebelum tue... Mc Zue nie ada le duk cerita pasal cerita nie,.... dia cakap best.... Daripada cerita dia tue buat aku rasa nak tgk cerita tue.... iye le.... zaman aku belajar dulu tak ada glamornya internet nie... kira dapat pakai komputer desktop tue pun dah rasa bangga... kalau tak caya cuba tanya bebudak yang lahir tahun 1980. Mesti setuju dengan ape yang aku bagitau nie.... Tapi aku masa tue kira aku nie daif le skit dalam bidang komputer nie... Iye le... mana mampu nak beli sebiji komputer... sah kan laptop... So sumber yang aku boleh tengok melalu cd le...Aku sebenarnya ada kisah disebalik lagu hindustan nie... seingat akulah.... filem yang mula - mula
buat aku jadi addict layan bollywood nie cerita "Kuch - Kuch hota hai"... mak ai... masa tue cerita ni tengah top... kalau tak silap aku le tahun 1998. Masa tue... tak dinafikan le... semua anak mudi nie gila bebenor dekat shah rukh khan.... semua termimpikan nak dapat teman lelaki macam shah rukh khan... (termasuk aku le... hehehehehhe). Memula aku tak le minat sangat layan filem bollywood nie.... tapi disebabkan pengaruh member aku si Mc Zue buat aku tergila ngan cerita bollywood nie... terutama filem yang dilakonkan oleh si Shah Rukh Khan tue... Hiihihihihihih lawak le....
Nak dijadikan cerita, masa tue aku dengan Mc Zue nie dalam perjalanan balik kampung dari Ipoh ke kota bharu... naik bas Rasima. (aku tak ingat balik time ape masa tue... rasa nya cuti sem) . Perangai kitorg nie pantang nampak ada cuti.... mesti balik... iye le.... org tak pernah keluar dari megeri sendiri.... Masa tue aku tengah matrik dekat STAR ipoh.... sekolah yang mengajar aku erti hidup.... erti berdikari.... memang banyak aku lalui masa tue.... kes hantu.... kes fly.... kes jambu... macam - macam lah... maklum le itu sekolah budak lelaki semua.... kitorang yang matrik ini aje yang campur.... Memang indah le kenang tue semua.... kenangan tue memang tak boleh beli dimana -mana.. kena lalui sendiri.... Hihihihihi... kita balik pasal KKHH, so kebetulanlah bas tue pasang cerita tue... kitorang pun seronok le....
layan habis cerita tue.... sampai rela tak tido.... biasa le cerita hindu
stankan ambik masa dalam 3 jam lebih macam tue.... so layan le.... Dari kitorang naik pukul 10 malam bas tue sampai pukul satu lebih macam tue le.... basu habis cerita tue... memang best gila le cerita tue... nak jadikan cerita nangis - nangis atas bas tue.... feeling lah katakan.... hahaha lawak lah pula bila ingat balik.... Start dari hari itu aku mula berjinak - jinak dalam bollywood nie... Segala CD shah rukh khan aku beli... hahahaha sampai mak aku pun membebel... membazir duit betul.... lawak... lawak..... Tapi bila umur dah makin meningkat nie aku jadi tak minat nak layan bollywood. Tapi kekadang layan jugak le lagu - lagu bollywood... saja buat layan jiwang.... hihhihihihihi.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita"....


Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaikbaiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas.

'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata... 'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. 'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..


"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)




****** ShArInG Is CaRiNg *********



Aduh bosan sungguh hati ini... Aku tahu nak cuti aje esok... Nak cuti lama.... Actually banyak sebenarnya yang bermain dalam kepala aku nie.... Problem kat kampung... problem itu ... problem nak cari keje tetap...
macam - macam lagi... Emmmm.. tak yah cite lah.... iye le... semua org ada masalah.... sendiri... tul tak?...
So masa terluang ni rasa nak kongsi le sikit buat renung dan boleh diamalkan dalam kehidupan.. Tapi tak banyak le himpunan doa yang dapat aku kumpulkan... insyaallah akan aku usahakan cari lebih banyak lagi....



Doa untuk menjadi org yang sabar.



Doa memohon keampunan dan kesayangan

Doa untuk kebahagian sekeluarga

Doa mohon Keringanan Dan Kemudahan.






@@@@--- Mari Mengundi --- @@@@



Hari nie 4 november 2010, tarikh penentuan bagi galas sama ada kekal dengan pemerintahan yang lama atau bertukar pada pemerintahan yang lain... Kali ini pertembungan di antara satu lawan satu iaitu antara Barisan Nasional yang diwakili oleh Abdul Aziz Yusof dan PAS yang diwakili oleh Dr Zulkefli. Adakah PAS akan kekal mengekalkan pemerintahan mereka digalas? Jawapan semua ada ditangan pengundi. Kepada penyokong PAS semua.. berdoalah apa - apa sahaja boleh berlaku... Tuhan yang maha kaya, tuhan yang mengerakkan hati pengundi semua.

Berikut adalah serba sedikit proses pengundian PRK N.45 Galas sehingga pukul 11.00 am (sumber) :


Sejumlah 11,426 pemilih berdaftar bagi Dun Galas membuang undi bermula jam 8.00 pagi ini.

11.00am: Pondok panas PAS di kawasan
luar SK Seri Wangi penuh dengan pengundi yang mahu
mendapatkan maklumat pengundian.
10.58am: Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02%
(2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.

10.57am: Anggota Mafrel dilihat melakukan soal selidik kepada penyokong kedua-dua parti di Sek Keb Gua Musang dan Sek Keb Sungai Terah.

10.55am: Suasana sekitar pembuangan undi masih terkawal. Di SK Sri Wangi, kedua-dua penyokong masih bersemangat merayu undi. Mereka bagaimanapun dikawal pihak polis. Pagi tadi sudah berlaku kekecohan di sini sehingga pasukan FRU dikerah berkawal.Keseluruhan Batu Papan 542. Pengundi di sini adalah antara paling ramai dengan jumlah 542 orang pengundi.

10.15am: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di SK Tengku Muhammad Fakri.


10.02am: Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi. Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11 pagi.

10.00am: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad melawat pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.

9.51am: Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asli.

9.50am: Berlaku sedikit kekecohan di sini apabila kedudukan penyokong kedua-dua parti terlalu rapat sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

9.45am:
Di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang penyokong kedua-dua parti mula berbalas sorakan.Penyokong BN berbaju merah memegang sepanduk "PAS pembohong" manakala penyokong PAS "memegang sepanduk "Minyak naik lagi?".
9.40am: Polis mengarahkan penyokong BN menurunkan kain rentang memfitnah calon PAS selepas dibantah penyokong Pakatan Rakyat.

9.35am: Dr Zulkefli tiba di Calon smpai Sek Keb Sri Wangi.

9.31 am:
Calon PAS dalam perjalanan menuju ke kawasan membuang undi di Pulai.

9.30 am: Calon PAS, Dr Zulkefli ketika ditemui Harakahdaily menyeru kepada pengundi Galas agar keluar awal menunaikan tanggungjawab ekoran cuaca tidak menentu dan dijangka hujan petang ini.
"Saya menyeru semua pengundi keluar awal, kita risau kalau hujan turun, akan mengganggu perjalan kita untuk membuang undi."

9.25 am: Penyokong BN sedang bersorak 'hidup Umno' manakala penyokong PAS sedang berzikir diselangi laungan takbir.

9.20 am: Di Sek Men Kebangsaan Tengku Indra Petra 1, Polis bertindak menjarakkan kedudukan kedua-dua penyokong di sebelah menyebelah jalan bg mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

9.15 am: Ketika ditemubual oleh Stesen Astro Awani, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menyeru semua masyarakat di Dun Galas mengundi parti yang memperjuangkan Islam.

Beliau juga menyeru semua penyokong mengelak dari terlibat sebarang provokasi yang boleh mencetuskan pergeseran antara penyokong kedua-dua belah pihak.


"PAS sudah buktikan kita bukan parti buat kacau, kita bergerak secara 'wasata' (sederhana)," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

9.10 am: Calon PAS bersama Menteri Besar baru sahaja beredar dari pusat pembuangan undi Sek Men Kebangsaan tengku Indra Petra 1.

9.05 am: Berlaku kekecohan antara perayu undi dan penyokong di hadapan pusat pembuangan undi di Sek Men Kebangsaan tengku Indra Petra 1.

9.00 am: Proses pembuangan undi berlangsung dalam keadaan tenang, manakala cuaca di Galas mula mendung dan hujan gerimis mula turun.

8.40 am: Pengundi mula ramai keluar menunaikan tanggungjawab, ekoran

cuaca redup di waktu pagi dan dikhuatiri hujan petang ini.

8.20 am:
Terdapat pondok panas kedua-dua pihak, namun didirikan lebih 100meter dari tempat pembuangan undi.


******** hahahah ada macam penulis berita tak..... *****************


*** ReNuNgAn BeRsAmA **********







Hasil Nukhilan - Klik

Entah mengapa hati ku hari nie,
Hati ini terusik pilu,
apakah sebabnya... Aku tak mengetahui,
Difikiran ini cuma terfikir sesuatu yang tak mungkin terjadi,
mana mungkin aku dapat undurkan masa,
Tapi.....
alangkah indahnya kalau itu semua boleh berlaku...
Banyank yang aku ini betulkan dimasa lalu...
Tapi.... Itu semua mustahil...
Yang berlaku tetap akan berlaku...
Kita sebagai manusia dan Hambanya,
Harus terus tempohi dan harus rena
ngi apa jua duga dan cabaran dari Nya,
Jangan sesekali memandang ke belakang... sesungguhnya yang yang lalu
menjadi pengajaran dan panduan kepada masa yang akan datang....
Sesungguhnya akan ada sinar disebalik kegelapan yang aku lalui sebelum...
Yang penting aku harus cuba dan berusaha...... demi diri aku dan keluargaku....
amin......

Sinar akan datang selepas kegelapan berlalu....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...