Ranjau Perjalanan Hidup

Hidup Ibarat Roda, Ada Pahit dan manisnya.

Dimanakah aku dihatimu

Pada hati aku tertanya-tanya..... dimanakah letaknya aku dihatimu wahai sang kekasih.....
Aku bagaikan kain buruk yang dicampakkan ketepi bila tidak berguna..... bila aku diperlukan aku dikutip... diangkat.... tapi bila khidmatku tidak diperlukan kau campar aku jauh dilubuk hati kau.... Busukkah aku... hodohkah aku di mata mu....
Benarlah kata pujanga... habis madu sepah dibuang. Salahkah diriku... aku hanya menumpang kasih dan menumpang sedikit ruang dihatimu untuk aku terus hidup.... Aku sebatang kara, kau bagaikan pohon bagi ku untuk aku berteduh, bergantung dan bermanja. Sudah pudarkah kasih mu terhadap aku. Hinakah aku.... mana hilangnya kasih sayang dan ikatan janji yang kau lafazkan pada aku satu ketika dahulu, sewaktu aku mula - mula disahkan menjadi milikmu.....
Kekadang aku terpikir... bodohkah aku kerna serik berkorban demi mempertahankan istana yang telah kita bina. Salahkah aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hari Raya Terakhir





Hatiku sungguh pilu mengenangkan tarikh itu. Tarikh itu merupakan tarikh keramat yang mana, org yang aku sayangi, yang banyak berbakti pada aku pergi buat selamanya dalam sekelip mata. Baru aku sedar raya haji tahun lepas merupakan hari raya terakhir aku bersama abah yang tercinta, perginya mengejutkan kami sekeluarga.

Aduh pilunya hati aku menyambut hari raya tahun nie. Apalah ertinya hari raya tanpa abah disisi, tetapi yang dihidup haruslah meneruskan kehidupannya. Tanggal 25 hb 7 2009 merupakan hari terakhir aku mengucup tangan abah memohon maaf dan restu darinya sebelum aku memulakan kerjaya aku yang baru di sebuah company GLC di Kuala Lumpur.









Peristiwa ini aku akan ingat sampai bila - bila. Detik pukul 3.00 ptg pada 30 hb ogos 2009, aku menerima panggilan Telefon daripada kakak aku di kampung. Ya tuhan..... terkejutnya aku... bila menerima panggilan tersebut. Rupanya bapa aku telah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama di bulan ramadhan. Ya allah.... cantiknya anugerahmu ya allah.... Di bulan ramadhan abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mengikut kakak aku, abah telah meninggal dunia sewaktu pulang dari masjid selepas menunaikan fardhu zohor. Ya allah, beruntungnya arwah abah.

Apabila menerima panggilan tersebut dengan pantas aku dan suamiku berkemas untuk pulang ke kampung. Tiada kata yang dapat aku ungkaikan. Hanya tangisan yang dapat menemani aku sepanjang perjalanan dari johor ke Kelantan. Hatiku hanya sempat berdoa agar aku dapat berjumpa atau menatap jenazah org yang aku sayangi buat kali terakhir. Dalam jam 5 aku sampai di mersing, aku mendapat panggilan telefon dari kakak ku lagi menyatakan jenazah akan dikebumikan lepas solat terawih. Ya allah tuhan sahaja yang tahu, sedih dan pilunya hati ini bila menerima berita itu. Wajah abah ku tetiba terbayang di pikiran aku. Ya allah... tak sempat aku mengucup abah aku buat kali terakhir. Air mata ku tidak henti - henti membasahi pipiku. Semangat aku makin jatuh, nasib baik kekuatan aku dipulih oleh suamiku. Akhirnya aku dapat menerima kenyataan tue. Terpikir jugak aku, iyalah tak elok biarkan jenazah lama2. Tetapi dalam hati aku, sentiasa berdoa semoga aku dapat menatap wajah abah aku kali terakhir.
Selang beberapa minit kemudian, aku menerima panggilan telefon lagi dari kakak aku. Dia menyatakan upacara pengembumian akan dilaksanakan pada pukul 11 pagi keesokkan harinya. Ya allah.... terima kasih tuhan... kerana memakbulkan doa aku. Tercapai juga hasrat aku untuk mengucup abah aku buat kali terakhir. Sepanjang perjalanan pulang itu, air mata aku tak henti - henti turun. Mujurlah ada suami aku di sebelah yang sentiasa menenangkan aku.

Lebih kurang jam 2.30 pagi aku sampai di kelantan. Sampai aje di kampung, aku terus menuju naik ke atas rumah. Belum sempat aku naik ke atas rumah, mak aku dengan cepat memeluk aku. Aku menangis dipelukan mak aku. Mak aku menenangkan aku. Bila terasa tenang, aku menuju ke ruang tetamu. Pilu nya hati aku apabila terlihat sekujur kaku tubuh abah aku terbaring di atas tilam di lantai. Ya allah..... memang sah lah yang abah aku pergi meninggalkan aku buat selama - lamanya.
Ya allah.... tak sempat aku menyambut hari raya aidil fitri bersama abah aku di tahun ini. Setiap solat aku sentiasa mendoakan agar arwah di tempatkan bersama orang yang soleh dan beriman. Amin....

Majlis Berbuka Puasa Di Boulevard Hotel, Mid Valley

Hai...... lama tul aku tak menulis blog aku nie.... gambar dan kenangan aku berbuka puasa nie pun dah lama pending di posting nie..... Ni lah kisah dan buku baru aku hidup di kl selepas ketiadaan arwah bapa ku.........
Oklah... sekarang kita buka lembaran baru sempena tahun baru nie.... 2010..... Ok kita balik pada tajuk asal, ni lah pertama kali aku makan berbuka puasa sedap di hotel..... Gila ko.... banyak gila makan kitorg makan...... tgk le atas meja tue.... macam2 makan ada........ sampai penuh perutku.......





Dah semua kenyang mana tak nya..... licin makan yang banyak kat atas meja tue kitorg kerjakan..... Lepas tue kitorg berposing lak.... iye le.... posing tue mesti..... Diorg nie.... macam2 gaya ade...... Tapi masa nie... aku masih lagi dalam keadaan sedih..... iyelah... mana tak nya.... sana sini... bunyi lagu raya..... aduh... pilu hati aku... teringatkan yang aku akan berhari raya tanpa arwah abah........ tapi aku lawan jugak..... iye le... org tue cakap... tak baik tangisi atas ketiadaan org yang telah pergi..... so... aku terpaksa lawan perasaan sedih aku tue.....





Gambar nie pulak....... saat menunggu azan kedengaran..... aduh..... semua muka tak tahan godaan makan sedap semua.... hihihihihihihhiihhi

Rohm wako Dalam kenangan

Genap 4 tahun 2 bulan aku bergelar pekerja kilang di ROhm Wako akhirnya aku mengundur diri.... Banyak pahit maung suka duka yang aku alami semasa berada Rohm Wako.... Dalam pahit ade manis.... bak kata org... bukan senang nak dapat satu pengalaman yang amat berharga...... Pengalaman itu akan aku gunakan untuk tempat kerja yang baru...... Bagi warga Rohm Wako yang pernah memberi tunjuk ajar dan keje sama pada aku.... aku ucapkan terima kasih bebanyak sesungguhnya pengalaman yang aku lalui selama 4 tahun itu amat bermakna pada ku.... Sakitnya hatiku... gembiranya hati ku... semua itu merupakan asam  garam bagi sebuah pengalaman.

Hari - hari terakhir - VSS

Hari - hari terakhir bersama kak la, kak sah dan kak TI. Jasa korang semua amat ku kenang... Segala teguran dan tunjuk yang korang bagi pada aku amat berharga pada aku.. sampai dari aku tak tahu ape - ape pasal keje di sini sehingga le aku reti nak buat keje dan bawak diri di sini... Aku berterima kasih kepada akak- akak senior nie... 

aduh sedih le pulak tgk gambar2 nie... pisoh doh lah.... ngan mereka nie.... membawa haluan masing - masing.....

nie pulak gambar ngan kak sah.... aik mane aku pegi.... kejap tgk kat bawah skali lagi.... 


nie pulak gambar bertiga... aku yang duduk  kat bawah tue..... Eti dan sebelahnya pulak tue kakak sah... ala..... kakak sah tak ade susah le aku nok check hargo nak beli barang,.,,....


Satu Hati, Satu Matlamat.


Satu hati satu matlamat merupakan cetusan ideal aku sendiri yang tidak di copy write dari mana - mana media masa dan media elektronik. Cogan kata ini di cetuskan sewaktu aku dimarah dan dibuli oleh pihak tertentu. Aku cetuskan ideal ini khas untuk Rohm Wako tempat aku mencari rezeki. Satu hati satu matlamat memberi erti yang amat besar dan berharga  bagi ku berdasarkan pengalaman aku bekerja di situ selama 3 tahun lebih nak masuk 4 tahun..... Susah senang ku bersama Rohm Wako....  Gambar di atas merupakan logo yang dicipta semasa pertandingan mencipta logo di Rohm Wako....  Logo tue bukan aku yang menang... orang lain.... Gambar yang aku menang RM 300 ada kat bawah tue.... hihihhihiihih "Satu Hati, Satu Matlamat" lah katakan....



Ha.... tue dia ... gambar atas tue baru betul cogan kata yang aku cipta khas buat pekerja Kilang jepun macam aku nie..... Hihihihihihihi...... Bangganya aku... rata - rata tergantung slogan yang aku cipta... oklah tue at least satu hari nanti mane le tahu...... Jodoh aku ngan Rohm Wako tak panjang.... ade le benda yang boleh orang ingat kat aku.... ok lah tue..... sapa tahu kan..... hihihi

Tempat Aku Mencari Rezeki Halal

Ini adalah tempat aku menceri rezeki yang halal.... menjadi hamba kepada Jepun2 dan orang melayu sendiri.... ala... kira ok lah tue... daripada diberhentikan kerja... seksa woi..... mana nak cari keje lain time gawat macam nie... jangan kilang tue tutup sudah...... mintak jauh le....



Ini panorama dimana tempat aku mencari rezeki.... aik tak ade orang..... hihihihiih jangan panic.... nie gambar di ambil time aku kena standby sorang..... time orang lain cuti aku sorang keje...... Ni le kehidupan aku seharian.... keje tanpa henti... Yang bestnya keje time orang cuti nie.... kita boleh replace time orang keje..... itu yang best tue.....



Aik tangan sapa lak nie...... hihihihihihih tangan aku le.... tengah wat keje..... iye ke tengah keje tue...... ke tengah ngular........ rasa macam tgh ngular.... hihihihihiihihih biasa le.... keje time orang tak ade..... Itu le serba sedikit pasal tempat aku cari makan......

Keluarga ku Tercinta

Gambar family ku satu ketika dahulu tanggal 21 november 2007 ... Cheeeewah... macam dah lama gambar tue diambik... tak ade lah setahun yang lalu... masa kenduri kahwin ku. Bestnya kalau tengok gambar nie.... satu keluarga sepakat. Oklah aku perkenal kan satu persatu..... Mula dari atas dulu.... paling tepi belah kiri, itu papa dan mama (keluarga angkat ku, merangkap keluarga ku sendiri...... mereka banyak berjasa pada keluarga aku... Jasa mereka tetap kami kenang sampai bile2... Tima kasih papa dan mama), ok... yang pakai tudung oren tue nak sama ngan tirai tue kakak aku paling sulung.... sama tak ngan muka aku... hihihihihihi memang le sama dah nama adik beradik..... yang kat sebelah dia... yang pakai baju hijau tue hubby di merangkap abg ipar aku le.... , yang pakai baju merah tue pulak (merah ke? macam meroon aje... ) itu akak ipar ku merangkap isteri kepada abang ku..., lelaki macho kat sebelah dia tue... itu abg ku... satu - satu nya abg kandung ku... yang kat atas dukung dia tue... my hero no dua(anak abg aku) .... hensem tak.... hihihihhihihi. Kita turun pulak ke barisan depan, kita mula dari kanan lak.... Budak perempuan yang pakai tudung tue... itu my heroin (anak akak aku yang sulung... satu - satunya... , kat sebelah dia tue ade budak lelaki macho, hensom dan sebagainya.... itu hero ku yang no 2( anak abg aku),







My Beloved Hero


My Beloved Heroin


Si Comel pujaan Hari..... (Orang Baru dalam keluarga ku)


kat sebelah hero aku, itu mak aku yang tercinta..... yang tak pernah merunggut membesarkan aku sampai aku jadi macam nie..... kat sebelah dia tue aku le.... tengah tersipul malu... sebelah aku tue...




Abah dan mak tercinta


my beloved hubby le.... hensom dan macho tak? dan last sekali kat sebelah hubby aku tue... itu abah aku yang tercinta




My Beloved Hubby



itu lah serba ringkas pengenalan mengenai keluarga ku... My Family..... Aku sayang kamu semua....

Assalamualaikum Dan Selamat Melayari Blogku

Assalamualaikum dan Salam Permulaan,

Terima Kasih kepada semua yang sudi melayari blogku. Setelah sekian lama niat suci murni ini, ingin membuka blog ku sendiri akhir nya tercapai. Bukan ape masa tak mengizinkan untuk saya membuka blog nie... Disini terdapat berbagai agenda, gosip, cerita, luahan hati, gambar-gambar menarik dan sebagainya akan saya muatkan untuk tatapan umum... Salam Perkenalan........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...