Ranjau Perjalanan Hidup

Hidup Ibarat Roda, Ada Pahit dan manisnya.

Semangat aku sekarang..........


Tak pernah sesaat daku meragui

Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

*#*^*^ BiLa HaTi SuDaH TiAdA *#*#*#

Emmm sekali lagi pena ku mengeluh..... aku tak tahu le..... hati dan perasaan aku macam dah tak ada mood dok sini.... Entah le.... ingatkan struktur baru semua ok.... Tapi nampak gayanya makin teruk... aku jadi serba salah.... nak luah mati mak... nak telan mati bapak.... tapi kalau pikir balik rahsia disebalik struktur nie... memang ada udang sebalik batu.... Aku dan kekawan menjadi mangsa keadaan..... Rasa macam salah satu langkah penyingkiran nie.... iye le.... macam yang korang semua pikir le.... CR nie satu benda yang simple.... skit aje.... tapi cuba duduk ditempat kami.... itu tak semudah yang dipikirkan.... kami bekerja tidak tentu masa.... kami nampak relek... sebab kami cool....
Dengan sifat cool nie... le.... buat aku lebih bersabar.... tak kisah le org nak tolak mana - mana pun.... Apa yang aku tahu sekarang nie.... janji nafkah yang aku dapat bulan2 tue halal disisi tuhan.... Aku tak kisah... walau susah macam mana pun tugasan yang diorg nak bagi... aku laksanakan dengan ikhlas hati kepada yang Maha Esa... AKu tahu.... walaupun.... penat lelah aku sekarang tidak dibayar dan tidak dinilai oleh manusia... tapi... Tuhan itu maha adil... cuma ganjarannya antara lambat dan cepat aje... Itu pesanan arwah abah pada aku.... walau berat sekali pun.... aku kena redhakan didalam hati.... untuk dapat rezeki yang halal...
Emmmm kalau ada yang terasa hati.... ampun dan maaf kami ucapkan... bukan niat kami untuk menyusahkan korang semua... tapi kami terpaksa buat keras hati... sebab kami ingin mengajar seseorang supaya lebih menghargai staffnya... dari org lain.... dan kami harap korang semua paham...

*#*#*#*# Catatan 2010 *#*#*#*#*#

Kali ini aku nak cerita pasal rumahtangga... Hai dah ramai member office yang dah bertukar status... Em... selamat pengantin baru aku ucapkan pada mereka semua... Aku harap korang semua dapat melayari bahtera yang korang bina dengan bertolak ansur, sabar, penyayang....
Oklah aku nak mulakan ngan pengantin baru nie.... yang nie masih fresh lagi... Bak kata orang tue... inai dijari masih lagi merah.... Aliza dan Cikgu nya telah selamat diijab kabulkan pada 18 December 2010. Emm diorg dua org nie nampak gaya mengikut jejak langkah aku dulu.... tapi rasanya diorg dua nie lagi
jauh kot... terpisah oleh lautan china selatan... Kecian... Kak nani simpati pada korang berdua.... Harap korang sabar mengharungi dugaan dan cobaan yang akan datang.... Tapi satu pesan kak nani.... hadapinya dengan penuh kesabaran dan sentiasalah salin percaya mempercayai... dan bertolak ansur... Untuk aliza... kak nani paham perasaan liza... sebab kak nani pernah melalui semua ni.... berjauhan dengan suami... tapi sekali jumpa... best tue.... macam pengantin baru balik.... hehehehhe sebab tue kak nani ngan abg liey macam pengantin baru sampai sekarang... walaupun dah pengantin buruk... hihihihih Abg.... sorry ek....


Ok.. yang kat atas nie pulak Norhayati dan husband dia.... Mereka berdua nie selamat di ijab kabulkan pada bulan 10 2010.... Aku lupa le tarikh..... sorry ek yati... mereka nie selamat di ijabkabulkan di kedah. Jauh.... tak boleh pergi.... tapi apa-apa pun... doa kak nani untuk yati tetap mengiringi yati dihari persandingan yati.... selamat pengantin baru semoga kekal ke akhir hayat.......

Yang nie pulak siti rosmawati atau lebih dikenali sebagai ati. majlis nie aku pergi... sebab alang- alang aku balik kg kat kelantan.... comel sangat ati masa tue.... hihihihihi... emmmm,..... kak nani terkilan sangat kat ati... sebab tak dapat jumpa ati dihari terakhir ati di TM.... Seriously kak nani tak tahu.... ati last day bila.... Itu pun kak nani dapat tahu dari Tina.... tapi walau apa pun.... kak nani nak ucap selamat pengantin baru... semoga berbahagia ke akhir hayat...... Layarilah bahtera yang dibina dengan penuh kesabaran..........

Em.... ini gambar kat bawah nie pulak... alyani dan suaminya (Mat Shah)... Emmm korang berdua nie
sweet le.... Mereka berdua nie selamat diijab kabulkan pada 13 June 2010. Maaf yea... kenduri yani kak nani tak pergi... sebab jauh sangat... tak bertembung dengan cuti.... Cuti annual leave ade... tapi al maklum le.... cuti tue kena wat hiasan aje... macam yani tak paham lak.... Emmm.... ape ek nak cerita pasal yani nie.... Oooo lupa nak kabar... mereka berdua nie bakal menjadi ibu dan bapa... tak lama aje lagi.... tinggal 4 bulan aje lagi... Apa - ape pun.... kak nani doakan
semoga semuanya selamat.... dan untuk yani... banyak - banyak lah berdoa kepada
yang maha ilahi semoga dipermudahkan segala urusan nya..... amin.... Oklah sebagai bonus korang semua.... aku letak gambar yani masa 5 bulan seminggu.


Pandangan sisi....

Pandangan depan... tak nampak sangatkan...

@*@*@ PeRginya MeNingGaLKan KiTa *@*@*@

Jauh dimata dihati jangan.

Emm… macam mane ek nak start…. Jup ek… kena ambil feel sedih skit… sebab kali nie aku nak cerita pasal cerita sedih…. Tengok tajuk pun dah sedih…. Hikhikhik… hai… kali kedua aku cerita pasal perpisahan dalam post blog aku kali nie… kalau korang ingat le… first dulu pasal perpisahan warga VSS masa dekat rohm wako dulu… dan kali ini terjadi sekali lagi… babak perpisahan itu tapi tempat dia lain…. Harus le lain… di TM pulak…

Tanggal 4 hb jan 2011… wah… awal tahun tue… emmm sekali lagi aku kehilangan seorang teman sekerja… merangkap adik dan merangkap bos detox foot patch…. Hehhehe sorry liza… tapi betulkan…. Walaupun waktu perkenalan kita tidaklah lama… 1 tahun 4 bulan 3 hari… aik macam Khairul fahmi kenal ngan awek dia pulak… hihihiih (143 = I love yoU) hahahha lawak betul le…. Banyak kenangan pahit dan manis kita bersama…. Daripada duduk tempat asal… mengadap tingkap… sampai le tempat baru… mengadap azie.. ada kaitan ek… azie… boleh le…. Azie pun azie le… Hai… lepas nie kita tak boleh berganding tenaga dah… duet nyanyi lagu entah apa – apa tah… hihihihi… tapi itu le salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk lepaskan geram dan tensionkan… wah … mesti lepas nie liza rindu nak duet ngan kak nani lagi… rindu le pendengar setia kita liza.. si yani tue….. Apa – apa pun… kak nani ucap terima kasih pada liza sebab telah bagi semangat pada kak nani masa arwah abah kak nani meninggal… terima kasih sesangat… alamak… touching le pulak… tetiba air mataku berguguran terpercik ke hidung……. Hihihihi… cover… cover… opis nie weh…

Walau jauh sekali mana dikau berada teman…. Namun tetap dekat dihati kami semua.


*@*@ Hari - hari Bahagia 4 hari *@*@

Ape ek aku nak cerita kali… emmm aku nak cerita hari bahagia yang aku lalui kat korang semua… hihihi best giler weh… 4 hari cuti… tak payah pikir pasal UAT… SIT…. R3 L3 lah…. retest le… memang bahagia sangat….. Macam-macam aktiviti aku buat kat umah…

Oklah… aku punya cuti starting dengan hari jumaat…. Sampai le ari isnin… kebetulan lak ari jumaat PM istihar cuti umum…. Fuhhh…. Save cuti aku…. Thanks PM…. Jasa mu amat dikenang… hiihihihi . Oklah kita start ngan ari jumaat… ape ek aktiviti aku…. Oooo jumaat pagi bangun dari tido… biasa le…. Gosok gigi… sembahyang subuh…. Lepas tue… cari cerita – cerita best…. Yang dah lama aku tinggalkan aktiviti nie dulu…. Semenjak dua menjak nie… masa yang tidak mengizinkan aku melalukan aktiviti aku dulu…..Inilah masa yang aku akan gunakan sepenuhnya…… hihihihihi . Lepas cari cerita best… aku bangun mandi dan basuh kain… wah banyak nya baju tak basuh… sampai 2 kali mesin… mana tak nya… stok untuk seminggu pakai… hiihihihihihi.. tak sempat weh… balik keje sampai umah kul 8.30 PM… aduh,….. sampai bila le… aku nak kena hidup macam nie… emmm… kali nie… aku tak nak cite le pasal cite sedih… Dah keluar topik dah nie….

Oklah… berbalik cerita asal…. Siap aje mandi…. Aku keluar cari lauk…. Ape yang patutu untuk dimasak tengahari dan stok untuk 4 hari…. Ihihihihih.. ini memang jadi suri rumah sepenuh masa… tue baru betul…. Ini yang aku inginkan sebenarnya….….. hiihihihihi…. Sambil menulis novel… hihihhihi… tapi bila agaknya cita – cita aku nak tercapai tah… itulah aktiviti selama 4 hari… sampai berkilat rumah aku kerjakan…. Hihihihihi korang ade…. Korang taka de… Tapi aku nak share lah ngan korang… antara cerita- cerita yang aku cari banyak lah jugak…. Sapa nak bawak pendrive ek… hihihiihi… Antara ceritanya adalah… cuti-cuti cinta, 4 madu, jangan pandang belakang congkak2, scenario asam garam, magika, duhai si pari – pari, mantra dan Jalang.

Oklah… kecian korang ek… nak tahu sinopsis cerita dia ek…. Mana boleh… tak syok le korang tengok nanti…. Hihihihihi nape muka sedih tue…. Nak tahu jugak ek… hihhihi ok le… aku cerita le serba sedikit…

Ok… kita mula dengan cerita “CUTI-CUTI CINTA” … cerita nie boleh dikategorikan sebagai cerita komedi cinta le… File m ini dibintangi oleh Farid Kamil, Nora Danish the fabolus cat. Filem ini berkisarkan Eava Ealiana (lakonan Nora Danish) yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini (lakonan Zaibo).Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan.Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Dia juga sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.

Ok…. Nak tahu pasal cerita 4 madu lak??? Hihihihi korang nie tamak le… tapi taka pa korang punya pasal…. Filem 4 madu…. Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus.Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya. Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut. Nak tahu selanjutnya sila le tengok sendiri.


Next cerita pulak…. Pasal filem jangan pandang belakang congkak2. Filem ini boleh dikatakan filem komedi le… memang lawak le cerita nie. Setalah berjaya memulihkan Punai (Cat Farish), Asmat (Lan Pet-pet) dan Johan (Shaheizy Sam) serta berjaya menewaskan Mustika dalam JPBC yang lalu, Pak Mor yang cedera itu terus menuju ke anak sungai. Pak Mor dibantu oleh Mustika (Lisa Surihani) dan berpakat untuk merampas harta Pak Sudir.Punai dan Asmat berjumpa denga Wak Ketari (Bob Ku2) dan menuntut ilmu kebomohan. Anak Wak Ketari, Seha (Nora Danish) diganggu dan diculik oleh Mustika dan Pak Mor. Punai, dan Asmat diarahkan oleh Wak Ketari untuk menyelamatkan anaknya, Seha.

Wah… penatnya…. Sambung next post boleh tak….? Ha… tak boleh ek…. Korang nie memang nak dera aku insan yang lemah ini le…. Oklah next cerita pasal scenario asam garam… cerita nie lawak…. Tapi lawak senario sendiri mau ingat le…. Ok kita fokus pada sinapsis dia. Bermula dengan kejadian Asam dan pembantunya Garam cuba mensabotaj warung Cik Hawa / pejabat Pak Adam. tetapi usaha mereka gagal kerana kebodohan sendiri. Asam dan Garam memang sakit hati dengan Pak Adam kerana Pak Adam adalah seorang kontraktor yang jujur dan disukai oleh Cik Hawa. Pak Adam, Asam dan Garam tinggal di sebuah kampung dan menjalankan perniagaan pembinaan. Di kampung itu juga tinggal seorang janda bernama Cik Hawa yang berniaga warung kopi bersama anaknya Amin (10 tahun). Pergaduhan mereka lebih hebat apabila pihak sekolah kampung mereka mengumumkan tender baru dan meminta semua kontraktor menghantar proposal. Pelbagai usaha dilakukan Asam dan garam bagi menggagalkan proposal PakAdam.Pak Adam adalah seorang yang jujur dan sering mendapat projek kerana kualiti kerja yang bagus. Asam dan Garam juga cuba merasuah pihak sekolah agar mengambil syarikat mereka. Jalan terakhir yang dilakukan Asam dan Garam adalah dengan mnculik Cik Hawa dan mengugut Pak Adam memberikan tender tersebut kepada mereka. Asam dan Garam menculik Hawa sebenarnya kerana Hawa menolak pinangan Asam dan mendapat tahu Hawa akan bertunang dengan Pak Adam. Pak Adam mendapat tahu hal tersebut berusahah sedaya upaya menyelamatkan Cik Hawa yang akhirnya terselamat kerana kebodohan Asam dan Garam sendiri serta bantuan Amin dengan gadjetnya. Asam dan Garam akhirnya ditangkap pihak polis kerana selalu menipu dalam projek yang dilakukan syarika mereka dan terlibat dalam rasuah. pak Adam dan Cik Hawa akhirnya selamat ditunangkan.

Emmm… magika…. Satu filem yang boleh diklasifikasikan sebagai filem fantasi… harus le… tgk sapa penerbit filem nie KRU… Best le cerita nie…. Tak berat sangat cite nie…. Sesuai untuk releasekan tension… selepas dimarahi user selepas UAT…. Hahhaha sempat lagi…. Penat le nak cerita semua…. Macam biasa lah ek… kalau nak tahu…. Datang bawak pendrive atau apa-apa yang patut le…. Tapi dapat disimpulkan cerita paling kureng yang aku tengok lah.. cerita jalang…. Entah apa –ape tah punya cerita… Emmmm oklah…. Penat sudah… selamat membaca….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...