Ranjau Perjalanan Hidup

Hidup Ibarat Roda, Ada Pahit dan manisnya.

*@ SAYONARA 2010, WELCOME TO 2011 *@

SELAMAT TAHUN BARU

Penutup coretanku buat tahun 2010… Emmmmm… cepatnya masa berlalu…. Tambah setahun lagi umur aku….. Pejam celik pejam celik….. hari nie dah hari terakhir tahun 2010…. Dekat sini…. Aku nak ungkat balik…. Kenangan dan peristiwa yang berlaku pada tahun 2010 dalam hidup aku…. Untuk pengetahuan korang… tahun nie memang tahun yang amat mencabar dalam kehidupan aku…

Boleh dikatakan banyak pahit dari manis aku lalui tahun 2010. Tapi berkat kesabaran dan dorongan dari keluarga aku… aku gagahkan juga untuk menghadapinya… bak kata perpatah melayu….. bukan senang nak senang… tapi ingat… bukan susah untuk susah… pepatah itulah yang buat aku kuat menempuhinya….

Segalanya aku tempuhinya dengan redha… bagi aku… tuhan takkan menduga umatnya tanpa mengukur kekuatan seseorang… mungkin aku kuat dimata yang maha esa. Oleh itu bermacam – macam ujian Dia turunkan pada aku. Tapi satu aje aku pegang segala ujian dan dugaan boleh diharungi dengan banyak berdoa pada – Nya. Tuhan tidak akan mengkhianati hambarnya kerana Dia maha penyayang Cuma dugaan yang diturunkan adalah untuk memperingati hambanya supaya jangan lalai padanya dan mematang hambanya.

Macam – macam dugaan aku terima tahun 2010. Mungkin tahun 2010 nie hati aku banyak lalai pada yang maha Esa. Bermacam –macam dugaan aku terima. Antaranya Masalah kewangan. Ujian ini menimpa pada awal tahun 2010. Waktu itu aku cukup kesempitan wang… Hidup aku bagai dikejar oleh along…. Walaupun aku tak pinjam ngan along… Satu persatu surat peguam dari bank sampai… Mula dengan Bank Islam aku… sambung lak ngan CIMB abg…. Lepas tue surat saman daripada polis atas kereta JFL909 (suami aku punya). Baru aje dapat settle semua tue… sampai lak surat peguam dari celcom untuk broadband aku yang dah lama terminate dan yang terakhir sekali surat daripada PTPTN. Aduh…. Korang bayangkan macam mana nak aku tempuhi itu semua. Bak kata perpatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul…. Satu persatu aku lalui dengan penuh kesabaran….

Baru aje settle pasal hutang…. Di penghujung kontrak aku di TM yang merupakan dipertengahan tahun 2010. Kesabaran aku dicabar lagi…. Cabaran kali ini cukup hebat menyebabkan semangat aku untuk kerja di TM jatuh terus. Janji yang kami pegang untuk dipermenantkan merupakan janji – janji manis yang ditaburkan oleh pihak top management. Kami dapat berita yang kami tidak dipermenantkan tetapi hanya disambung contract lagi. Aduh… satu tamparan hebat pada aku… tetiba aku terpikir…. Dan tertanya pada diri… adakah kerjaya aku telah musnah…. Aku tertanya pada diri aku… apa salah aku…. Kenapa tuhan tidak adil pada aku…. Kenapa org lain senang aje dapat permenant… kenapa tidak aku…. Aduh… jatuhnya kerjaya aku seperti itulah jatuhnya semangat aku untuk bekerja…. Tapi berkat dorongan dan bantuan semangat dari keluarga aku… aku bangun dan cuba untuk terima kenyataan ini.. Aku mula tanam dalam diri aku… mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini…… Terima kasih buat keluarga aku kerana memberi semangat pada aku.

Berkat kesabaran itu… aku masih bekerja di TM…. Aku sambung kontrakt aku untuk 11 bulan lagi…. Tapi diakhir tahun 2010… kehidupan aku mula berubah…. Seolah satu sinar yang telah abg aku bagi pada aku. Sekeluarga… mungkin betul apa yang family aku cakap dulu sewaktu semangat aku jatuh berkecai…




SELAMAT TAHUN BARU... Cahaya kebahagian menanti anda… Amin….





*@*@*@ Malaysia Boleh ... Menang Wehhh *@*@*@*@*

Barisan pahlawan malaysia ketika menentang pasukan garuda.

TAHNIAH!!!!!! Wira malaysia…. Kamu Berjaya mengharumkan nama Malaysia dimata asia…. Itu yang mampu diucapkan oleh semua peminat kepada wira bola sepak kebangsaan kita… Kamu telah mencatat sejarah dan member hadiah yang amat bermakna kepada rakyat Malaysia di ambang penutup tahun 2010 ini…. Tercatatlah sejarah dimana Malaysia telah Berjaya menewaskan Indonesia dengan 4 – 2.

Ok lah tue…. Korang memang power…. Semangat korang memang power.

Segala usaha dan semangat korang semua… kami rakyat Malaysia amat berbangga dan menghargainya. Semoga semangat korang dalam piala AFF Suzuki 2010 akan memberi semangat kepada aku untuk terus Berjaya di tahun akan datang. Kami warga testing TM juga berterima kasih dan bersyukur dengan kejayaan korang telah member kami waktu untuk bercuti dan berehat dari kerja…. Hihihihihihi… Terima kasih PM…. Yahhhoooooo… save cuti aku…. Hihihihihihi

@#@#@ Dikala Boring Melanda *^*^*^*^*^*

Emmmmmm hari – hari minggu nie tanpa suami di umah memang membosankan… kalau dulu bila aku duk sorg kat umah… tv adalah milik aku… sampai le aku tak tahu nak tengok cerita ape…. Tapi sekarang scenario dia penuh berbeza… nasib baik le laptop ade peneman setiaku….

Dalam bosan – bosan tue aku teringin untuk belajar mengenai lukisan so aku download seberapa banyak video yang ada…. Aku cuba melukis tapi speciallah sikit…. Pakai paint dalam laptop tue… hihihihi jangan tak caya pula…. Itu le nak lukis pakai tangan dah keras dah tangan nie…. Lama sangat tinggal zaman lukis-lukis nie…. So nie le hasil terbaru… mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan….

*@*@*@* KeJe.... KeJe........ *@*@*@*

Emmmm…. Apa nak jadi le ngan life aku nie tak habis ngan keje…. Masuk minggu nie dah 4 minggu direct dah kena berkampung di office… agak – agak… bila le nak abis benda nie semua… bosan sudah… tapi bila tak ada benda nie semua… kat mana aku nak keje…. Hihihihiih lawak…. Lawak…. Tapi aku tak boleh terima le benda nie semua…. Emmm ari nie rajin lah pulak dia datang… aku nak balik cepat nie…

Kenapa le…. Aku rasa keje aku sekarang tak masuk ngan jiwa… macam buat keje dengan paksa…. Tapi itu le hakikatnya… keje aku buat sekarang macam tak masuk ngan jiwa aku…. Dah le ngan management dia macam nie… emmm sampai bila harus aku bertahan…. Aku tak boleh hidup macam nie…. Keje dengan paksa dan tak rela…. Emmm… aku rindu dengan keje yang lama.. aku rindu dengan itu semua… Kerja sekarang bagaikan tak mencabar…. Macam tak gerak aje kepala lutut aku nie… apa knowledge IT yang aku boleh dapat kat sini selama dekat 2 tahun aku keje…. Nothing…. Sekadar tahu conduct UAT… Executed SIT… dan prepared test plan…. Heloooo…. Benda tue semua org tak ambik IT background pun boleh buat…. Janji baca function design dan dapat template.... so paham – paham aje….

Yang lagi best, nak cerita pengalaman aku gi interview ari tue…. Punya baik rancang… nak gi… time interview… diorg boleh Tanya kenapa aku nak berhenti TM nie… helooo…. Contract kot…. Yang sana permenant kot… diorang macam tak boleh terima alas an aku ari tue…. Diorg cukup tak puas hati kenapa aku nak lari dari sini…. Wahai company semua…. Pahamilah diri kami nie…. Inilah hakikat kehidupan aku kat sini sekarang.

*@*@*@ Apa kesudahan Kerjaya aku *@*@*@*

Macam mane ek nak mulakan cerita nie.... tapi hati aku cukup terkilan dengan company nie... ape lagi yang diorang nak untuk permenantkan staff nya... penat sudah aku pikir... apa kesudahan kerjaya aku kat sini... kekadang aku rasa nak biarkan aje diberlalu macam tue.... tapi pikir balik.... kalau ape - ape berlaku tanpa back up susah jugak.... aku tak nak lagi hidup macam dulu.... masa memula tukar keja kat sini... sakit dan perit sangat waktu itu aku rasakan... tapi dengan kekuatan dan sokongan keluarga... aku gagahkan jugak... Bila jadi macam nie.... kekadang aku terpikir... rindunya aku kat ROHM - Wako dulu.... walaupun penat aku keje kat sana tapi pihak management masih bukak mata

menghargai penat lelah pekerjanya.... Kekadang orang kata kerja ngan jepun nie amat penat dan sakit hati... tapi pengalaman aku 4 tahun dibawah pertadbiran jepun.... aku tak rasa semua tue... malah hati aku happy sesangat.... at least le... diorg tahu menghargai penat lelah pekerjanya... tapi sekarang... aku tak merasa semua tue.... yang aku rasa cuma penganiyaan dan kebanyakkannya penting diri sendiri.

Tak salah kalau pentingkan diri sendiri... tapi kita kena ingat tanpa pekerja sapa lah kita... kita tak akan berada diatas tanpa usaha dan pengerak dibawah... pengerak itu

penting... Sesuatu projek tak akan jadi kalau tanpa nakhodanya. Kebajikan nakhoda jugak harus dijaga. Dalam hal nie aku tak tahu sapa yang patut dipersalahkan... adakah top managemnetnya.... atau managementnya atau sesapa yang berkaitan. Emmmm..... kalau ikut nak pikir memang sakit kepala... tapi.... apa yang akan berlaku pada kerjaya aku..... bila kerjaya tak menentu.... hati untuk bekerja pun jadi malas... jadi tak ada hati .... semangat

yang hilang. Tapi boleh tak sorang bagitahu sama aku.... komitmen macam mane lagi yang perlu ditunjukkan untuk buat management bukak mata..... baru diorang nak tahu KPI bukan pemangkin semangat seseorang tue nak keje.... emmmm..... kalau ikut rohm wako dulu pun..... pembahagian bonus dan increment pun ikut pada penilaian bos dan pihak ibu pejabat dia

Jepun jugak.... tapi tak ade lah jadi sampai teruk macam nie.... pening le.... macam nie ke pentadbiran orang yang alim.... setahu aku.... Tok guru nik aziz pun alim jugak... tapi tak ada le menyusahkan rakyat dia.... emmmm dimana salahnya nie.... salah didikan ke.... tahu le aku...

Yang menjadi persoalannya sekarang.... kenapa aku yang jadi mangsa.... kenapa kerjaya aku yang jadi mangsa.... emmm... kalau pikir balik... andainya dapat ku undur masa.... mesti aku dah pegang title ketua seksyen dah sekarang kan.... hiihihihhi perasan.... mana ade perasannya... memang itu yang dikatakan.... tapi kehendak tuhan jugak nak aku berhenti disana dan datang kesini... Berdosa diri aku... bila bersunggut itu semua.... ini semua qada dan qadar dari nya... mungkin ada hikmahnya.... tapi aku cemburu bila member aku sekarang dah pegang jawatan tinggi.... ada yang pakar forensik... ada yang Dr pakar dihospital.... tapi aku..... masih lagi kontrak..... yang tak tahu ape yang akan berlaku suatu hari nanti.... yang belum tentu aku dapat naik sampai general manager... Adakah company nie takut bila aku naik akan jadi macam abg aku... menentang segala keburukkan yang ada dalam management diorg.... kalau itu diorg rasa... memang rugi le.... hahahhaha ikhlas aku cakap nie.... ini yang akan aku lakukan bila jawatan management aku dapat sandang.... sebab banyak sangat penyelewengan dan penindasan berlaku disini.... emmmmm sambung jup lagi le... nak gi meeting dulu.... Ok… kita sambung balik…. Ape le aku nie…. Semua meeting kena masuk… tapi kontrak pah ceroh…. Apo le nasib diri ini…. Tapi ini le lumrah kehidupan sekarang… J

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...