Penutup coretanku buat tahun 2010… Emmmmm… cepatnya masa berlalu…. Tambah setahun lagi umur aku….. Pejam celik pejam celik….. hari nie dah hari terakhir tahun 2010…. Dekat sini…. Aku nak ungkat balik…. Kenangan dan peristiwa yang berlaku pada tahun 2010 dalam hidup aku…. Untuk pengetahuan korang… tahun nie memang tahun yang amat mencabar dalam kehidupan aku…
Boleh dikatakan banyak pahit dari manis aku lalui tahun 2010. Tapi berkat kesabaran dan dorongan dari keluarga aku… aku gagahkan juga untuk menghadapinya… bak kata perpatah melayu….. bukan senang nak senang… tapi ingat… bukan susah untuk susah… pepatah itulah yang buat aku kuat menempuhinya….
Segalanya aku tempuhinya dengan redha… bagi aku… tuhan takkan menduga umatnya tanpa mengukur kekuatan seseorang… mungkin aku kuat dimata yang maha esa. Oleh itu bermacam – macam ujian Dia turunkan pada aku. Tapi satu aje aku pegang segala ujian dan dugaan boleh diharungi dengan banyak berdoa pada – Nya. Tuhan tidak akan mengkhianati hambarnya kerana Dia maha penyayang Cuma dugaan yang diturunkan adalah untuk memperingati hambanya supaya jangan lalai padanya dan mematang hambanya.
Macam – macam dugaan aku terima tahun 2010. Mungkin tahun 2010 nie hati aku banyak lalai pada yang maha Esa. Bermacam –macam dugaan aku terima. Antaranya Masalah kewangan. Ujian ini menimpa pada awal tahun 2010. Waktu itu aku cukup kesempitan wang… Hidup aku bagai dikejar oleh along…. Walaupun aku tak pinjam ngan along… Satu persatu surat peguam dari bank sampai… Mula dengan Bank Islam aku… sambung lak ngan CIMB abg…. Lepas tue surat saman daripada polis atas kereta JFL909 (suami aku punya). Baru aje dapat settle semua tue… sampai lak surat peguam dari celcom untuk broadband aku yang dah lama terminate dan yang terakhir sekali surat daripada PTPTN. Aduh…. Korang bayangkan macam mana nak aku tempuhi itu semua. Bak kata perpatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul…. Satu persatu aku lalui dengan penuh kesabaran….
Baru aje settle pasal hutang…. Di penghujung kontrak aku di TM yang merupakan dipertengahan tahun 2010. Kesabaran aku dicabar lagi…. Cabaran kali ini cukup hebat menyebabkan semangat aku untuk kerja di TM jatuh terus. Janji yang kami pegang untuk dipermenantkan merupakan janji – janji manis yang ditaburkan oleh pihak top management. Kami dapat berita yang kami tidak dipermenantkan tetapi hanya disambung contract lagi. Aduh… satu tamparan hebat pada aku… tetiba aku terpikir…. Dan tertanya pada diri… adakah kerjaya aku telah musnah…. Aku tertanya pada diri aku… apa salah aku…. Kenapa tuhan tidak adil pada aku…. Kenapa org lain senang aje dapat permenant… kenapa tidak aku…. Aduh… jatuhnya kerjaya aku seperti itulah jatuhnya semangat aku untuk bekerja…. Tapi berkat dorongan dan bantuan semangat dari keluarga aku… aku bangun dan cuba untuk terima kenyataan ini.. Aku mula tanam dalam diri aku… mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini…… Terima kasih buat keluarga aku kerana memberi semangat pada aku.
Berkat kesabaran itu… aku masih bekerja di TM…. Aku sambung kontrakt aku untuk 11 bulan lagi…. Tapi diakhir tahun 2010… kehidupan aku mula berubah…. Seolah satu sinar yang telah abg aku bagi pada aku. Sekeluarga… mungkin betul apa yang family aku cakap dulu sewaktu semangat aku jatuh berkecai…
SELAMAT TAHUN BARU... Cahaya kebahagian menanti anda… Amin….