Ranjau Perjalanan Hidup

Hidup Ibarat Roda, Ada Pahit dan manisnya.

@**** PrOjEk SuDaH BeRmUlA, BaKaL MeRuBaH MaSa DePaN KeLuArGaKu @@@@*

Salam.... i came again..... Kali ini aku nak update sikit pasal projek yang aku, suami aku... dan abg aku buat.... kalau korang ingat atau terbaca le... aku pernah post pasal projek tue dulu... kalau tak silap aku lah... tajuk dia... " Nak seribu daya, tak nak seribu dalih". So kat sini aku nak update lah serba sedikit mengenai status projek tue...
Untuk pengetahuan korang semua.... projek tue skarang dah start berjalan.... sampai hari nie... kami dah menerima sebanyak 7 order untuk UG... syukur kehadrat ilahi... melimpah ruah rezeki kami.... dalam 7 order tue ade 2 order adalah berstatus UG Block... so bayaran dia lagi lumayan le... Lumayan - lumayan jugak... tapi kekadang aku kesian jugak dekat suami aku... iye le... terpaksa buat 2 kerja dalam satu masa.... Balik umah kepenatan... Tapi abg... ayg bangga dengan abg... sebab bekerja keras untuk merubah kehidupan kita sekeluarga...
Buat masa skarang... dah claim dah dihantar sebanyak 2 kali... insyallah... dengan claim tersebut dapat bayar balik modal yang abg aku bagi dan selebihnya dapat disimpan untuk maintance.... ya allah... aku bersyukur pada mu ya allah..... aku mohon padamu agar beri kesihatan yang baik untuk suami aku.... amin.....


** Berita Kemalangan lagi ***

Aduh..... satu persatu berita kemalangan yang aku terima dalam minggu nie... mula dengan keta aku wat hal... lepas tue kereta abg aku.... dan yang paling latest sekali... kemalangan yang melibatkan keluarga angkat kesayangan ku.... ya allah.... ape- ape aku bersyukur pada mu ya allah... kau selamatkan semua org yang aku sayang.... cukuplah sekali dulu aku menerima berita kehilangan bapa kesayanganku.... berita yang cukup memedihkan hati dan perassan aku.....
Ya allah semoga kau panjangkan umur org yang aku sayangi.... mereka amat berharga dalam hidup aku..... tanpa mereka siapalah aku skarang....... amin......

*@*@*@ Bontotnya Dicium Security *@*@*@

Malang Tidak Berbau

Emmm memang betul orang kata malang tak berbau... Inilah yang menimpa pada kakak ipar aku. Tanggal 23 Nov 2010, detik 6.50 PM bontot kereta honda city telah dicium rapat oleh van security Armour. Van security tue... bukan calang - calang van. Kejadian ini berlaku di traffic light batu tiga depan kilang gula CSR. Tapi alhamdullillah pemandunya selamat tidak mengalami kecederaan. Pada waktu itu aku berada dibengkel kereta untuk menguruskan pengeluaran kereta Savvy kesayangan ku yang telah memandikan Embun pada ku malam balik ke kl dari trg.

Aku menerima panggilan dari ibuku menyatakan Kak na accident dkt depan kilang gula.... Aduh alangkah terkejutnya aku bila mendapat berita itu. Lalu aku bergegas ke tempat kejadian bersama suamiku. Wah terpaku jugak aku bila tgk keadaan kereta honda city milik abg aku.... tapi syukur pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

^*^*^* KeReTa Ku SaVvY BuAt HaL *^*^**



Hai... balik raya kali nie... mengundang peristiwa pahit buat aku.... Tapi satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan.... tanggal 21 november 2010, jam 9 malam.... peristiwanya berlaku selepas tol bentong (Tol
yang RM3 tue.... ) Beberapa kilometer selepas plaza tol bentong. Tetiba aku dan suami aku ternampak kumpulan asap berbau hanggit. Lalu bertanya aku pada suami ku.

Aku : "Abg asap ape tue kat depan kita nie..... " Dengan selamber suami aku menjawab.
Suami : " Ala... itu asap lori kat depan tue..... tak ada apenya.... lori tue enggine panas lah tue.... "
Aku : "Ehh abg bukan le .... kereta kita tue asap..... ketepi cepat...... ".

Aduh.... hati aku berdebar - debar.... korang bayangkan le... masa tue kitorg duk line tepi belah kanan... nak ke line belah kiri.... lorong kecemasan. Aduh.... dengan keadaan jem yang tak bergerak.... bertapa susahnya waktu itu..... Inilah sikap manusia.... dah tengok orang bagi lampu kecemasan.... nak ketepi.... tak ada satu buah kereta pun nak bagi laluan.... memang macam nie ke perangai rakyat malaysia yang pentingkan diri sendiri.... mana slogan yang sering di alu -alukan oleh kerajaan kita.... jadi lah pemandu yang berhemah... jangan pentingkan
diri sendiri...Bertolak ansurlah di jalan raya. Kalau kereta mati tengah jalan korang jugak yang susah. Jalan jadi makin jem... tak bergerak lansung... baru padan muka semua. Semua org nak cepat sampai ke rumah.
Perasaan itu memang tak dapat dinafikan bercampur pulak dengan letih. Tapi sikap timbang rasa
tue kena lah ada... jangan ikut hati sendiri aje. Berbalik cerita aku tadi. Akhirnya kami berjaya parking
kereta di bahu jalan kecemasan. Ramai jugak yang mengalami nasib seperti savvy.
Takut jugak duk tepi jalan tue... korang bayangkan le... dengan lori dan bas lalu dengan lajunya. Ish... terpikir juga di otak pikiran aku ini...
macam mane le kalau tetiba bas ke lori ke terlajak ke tepi jalan... mau sia -sia aje hidup.
Nasib baik ada jugak hamba allah kat situ yang tahu sikit pasal kereta.
Hamba allah : "Bakpo nie?"
Suami : "Kereto berasap abe... tetibo berasap.... air tangki penuh... dok tahu sebab gapo".
Hamba allah : "Emmm... kalu berasap lagu nie gak sokmonyo clush abis nie.... berapo lamo doh beli keto nie"?
aku : " Ado le dale 4 tahun doh... "
Hamba allah : " Dok pernoh tukar cluch lagi ko keto nie.... lamo doh tue... " Dalam pikiran aku terpikir... clush
kereta keni tukar jugak ke?. Mane le aku tahu bab - bab macam tue.

Suami : "Dok pernoh lagi... "
Hamba allah : "Patut le berasap... clush problem lah nie.... em.... tunggu dio sejuk dulu lah.... pah tue slow
slow gerok....... jange buko econ tue.... "
Suami : " ooo clush ko"? . Aduh.. dalam hati aku nie duk terpikir.... alos... keno tukar clush ko pulok.....
tetiba aku teringat pesanan abah.. jangan duk main sangat clush tue... lamo ke abis clush tue... oooo nie lah
baru kali maksud abah tue.... emmmm mano le aku tahu... dulu sokmo arwah abah nie ajo hok duk jago kereto aku...
Harap ko aku... m ano le aku tahu bab - bab semo nie......
Lamo jugok le lepok situ dalam 2 jam.... Kul 11 baru start balik perjalanan.... Jalan kejap hidung aku terhidu bau
hanggit.... Aduh.... macam mane nie.. jalan kejap doh hanggit pulak nie... pukul berapa nak sampai nie.... em... tapi nasib baik le
masa tue dah dekat dengan RnR genting sempah.... rehat le kat situ 2 jam lagi.... siap makan ape semua...
Kul 2 bergerak le slow2 sampai ke Tol gombak. Selamat sampai tol gombak berhenti lagi rehat dalam 30 minit...
lepas tue dalam jam 3 pagi kami selamat sampai di rumah.

Aduh..... savvy.... savvy.... merajuk mu sampai macam tue sekali.... sanggup kau jemur tuan
kesayanganmu ini di tengah- tengah malam di tepi jalan. Beratap kan langgit....
berhujankan embun pagi.... aduh.... sampainya hati mu..... cukup - cukup le rajuk mu itu.



* NaK SeRiBu DaYa, TaK NaK SeRiBu DaLiH *






Setiap orang mesti ada impian yang ingin dicapainya, sama jugalah dengan aku dan suamiku. Kami mempunyai satu impian dan impian itu akan jadi satu matlamat dan satu
best mark untuk kitorg capai. Tapi bak kata orang... Impian tak mudah dicapai dengan anggan - anggan kosong sahaja. Tapi bagi kami dari impian bawa kepada anggan - anggan dan ditambah pulak dengan usaha dan tawakal insyaallah jalan yang berliku dapat dipermudahkan oleh allah.

Impian kami adalah ingin bebas dari hutang, memiliki sebuah rumah sendiri, hidup bahagia dan dapat membantu ibubapa kami.. itu aje impian kami.


Kami tahu bukan senang untuk dicapai impian sebegini memandangkan liku - liku kehidupan yang kami lalui sekarang, tapi itu tidak mematahkan semangat kami. Kami akan terus jejaki dan buru impian itu sampai dapat. Bukan niat kami untuk berhutang sana sini, tapi kami tidak mampu untuk memulakan kehidupan baru kami disini. Satu persatu kitorang diuji dengan cubaan hidup yang penuh getir. Kami sendiri tidak minta untuk jadi seperti ini.


Setahun lebih kami lalui detik kesulitan ini dengan penuh redha. Boleh dikatakan setiap bulan dan setiap detik kami diuji oleh dugaan yang maha esa pada kami. Tapi kami terima dengan redha. Bagiku, tuhan tak akan menguji seseorang umat nya diluar kemampuan umatnya untuk menanggung dugaan itu. Yang penting aku dan suamiku harus kuat, sabar dan sentiasa mengingatinya.

Tanggal 28 Okt 2010, mungkinkah tarikh ini merupakan detik permulaan atau titik perubahan dalam hidup kami, kami mendapat offer dari abgku untuk joint partner bersamanya untuk menjayakan projek pemasangan ini. Memula kami berasa risau jugak memikirkan modal yang diperlukan untuk membeli alat dan perkakasan untuk projek ini. Tetapi alhamdulillah abgku sanggup mengeluarkan modalnya terdahulu dan kami yang mengerakkan projek ini. Pada masa itu, hatiku sungguh bersyukur padamu ya allah kerna kurniakan pada kami seorang abg yang begitu baik hati sekali kerna sudi menolong kami.

Terima kasih ya allah kerna kau menganugerahkan aku abg sebaik ini. Aku bersyukur pada mu ya allah... Mungkin impian kami hampir tercapai. Tawarannya agak lumayan. Setelah berbincang akhirnya kata sepakat telah diambil, kami sudi terima tawaran itu. Tapi untuk permulaan ini, kitorg memutuskan untuk mula dari bawah iaitu hasil pendapatan yang kitorg dapat kitorang akan bahagikan kepada 2 iaitu gaji dan simpanan untuk maintance dan membuka company untuk masa hadapan. Pikir - pikir balik tak salahkan mula dari bawah. Dari bawah naik ke atas.

Kami berjanji kepada abgku untuk betul - betul melakukan dan menjayakan projek ini dengan jayanya. Insyallah berkat doa dan kesabaran projek ini akan mula dijalankan pada 15 Nov 2010. Ya Allah semoga kau permudahkan kerja kami dan dapat mencapai impian kami ini. Terima kasih yang tak terhingga kulemparkan pada abgku kerna tidak jemu menolong dan membantu adikmu ini. Ku memohon seribu kemaafan kerna diri ini banyak menyusahkan dirimu sekeluarga. Insyallah diri ini tidak akan melupakan jasa - jasa yang kamu lemparkan pada kami.




"TERIMA KASIH BEBANYAK KULEMPARKAN PADAMU WAHAI ABGKU.... KAU TETAP ABG KAMI DUNIA DAN AKHIRAT. SEMOGA TUHAN MEMBALAS SEGALA JASA BAIK KAMU PADA KAMI..."




KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1970-1983.. MESTI KORANG INGAT NI





He - Man

satria baja hitam

Ultramen

transfomer


kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, flashman, gaban, satria baja hitam, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?... hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.


ni sure korang igt... program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan... kan?


semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu... ada yang suka stoking tebal laaa...
internet? email? mendalah ape tu?


CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...



lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk... baling selipar, tuju tin.. teng teng.. batu seremban.. n tah hape2 lagi...



kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2
die! eskem calong... hik hik

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.


hmm... budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88.skarang digelar 'remaja'.

hmm... jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami
mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...


Yaa, kite pun dah semakin tua!!


Wah..... indahnya kehidupan masa tue.... itulah zaman kanak - kanak yang aku lalui.... sungguh seronok.... kenangan tue tak boleh dibeli dengan wang ringgit.... Disitu duit tidak bernilai.......




*** KeNaNgAn ZaMaN MuDa *****




Emm..... Malam nie tetiba aje aku rasa nak layan lagu hindustan... Jangan tak tahu.. dulu aku nie memang addict le filem - filem hindustan nie... Lagu hindustan nie kekadang best juga layan sekali sekali... Bab kata org layan jiwang sekali sekala.... Hihihihihi... tak tahu le tetiba malam nie jiwa sentimental aku tetiba keluar..... Hihihihi....
Sebelum tue... Mc Zue nie ada le duk cerita pasal cerita nie,.... dia cakap best.... Daripada cerita dia tue buat aku rasa nak tgk cerita tue.... iye le.... zaman aku belajar dulu tak ada glamornya internet nie... kira dapat pakai komputer desktop tue pun dah rasa bangga... kalau tak caya cuba tanya bebudak yang lahir tahun 1980. Mesti setuju dengan ape yang aku bagitau nie.... Tapi aku masa tue kira aku nie daif le skit dalam bidang komputer nie... Iye le... mana mampu nak beli sebiji komputer... sah kan laptop... So sumber yang aku boleh tengok melalu cd le...Aku sebenarnya ada kisah disebalik lagu hindustan nie... seingat akulah.... filem yang mula - mula
buat aku jadi addict layan bollywood nie cerita "Kuch - Kuch hota hai"... mak ai... masa tue cerita ni tengah top... kalau tak silap aku le tahun 1998. Masa tue... tak dinafikan le... semua anak mudi nie gila bebenor dekat shah rukh khan.... semua termimpikan nak dapat teman lelaki macam shah rukh khan... (termasuk aku le... hehehehehhe). Memula aku tak le minat sangat layan filem bollywood nie.... tapi disebabkan pengaruh member aku si Mc Zue buat aku tergila ngan cerita bollywood nie... terutama filem yang dilakonkan oleh si Shah Rukh Khan tue... Hiihihihihihih lawak le....
Nak dijadikan cerita, masa tue aku dengan Mc Zue nie dalam perjalanan balik kampung dari Ipoh ke kota bharu... naik bas Rasima. (aku tak ingat balik time ape masa tue... rasa nya cuti sem) . Perangai kitorg nie pantang nampak ada cuti.... mesti balik... iye le.... org tak pernah keluar dari megeri sendiri.... Masa tue aku tengah matrik dekat STAR ipoh.... sekolah yang mengajar aku erti hidup.... erti berdikari.... memang banyak aku lalui masa tue.... kes hantu.... kes fly.... kes jambu... macam - macam lah... maklum le itu sekolah budak lelaki semua.... kitorang yang matrik ini aje yang campur.... Memang indah le kenang tue semua.... kenangan tue memang tak boleh beli dimana -mana.. kena lalui sendiri.... Hihihihihi... kita balik pasal KKHH, so kebetulanlah bas tue pasang cerita tue... kitorang pun seronok le....
layan habis cerita tue.... sampai rela tak tido.... biasa le cerita hindu
stankan ambik masa dalam 3 jam lebih macam tue.... so layan le.... Dari kitorang naik pukul 10 malam bas tue sampai pukul satu lebih macam tue le.... basu habis cerita tue... memang best gila le cerita tue... nak jadikan cerita nangis - nangis atas bas tue.... feeling lah katakan.... hahaha lawak lah pula bila ingat balik.... Start dari hari itu aku mula berjinak - jinak dalam bollywood nie... Segala CD shah rukh khan aku beli... hahahaha sampai mak aku pun membebel... membazir duit betul.... lawak... lawak..... Tapi bila umur dah makin meningkat nie aku jadi tak minat nak layan bollywood. Tapi kekadang layan jugak le lagu - lagu bollywood... saja buat layan jiwang.... hihhihihihihi.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita"....


Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaikbaiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas.

'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata... 'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. 'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..


"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)




****** ShArInG Is CaRiNg *********



Aduh bosan sungguh hati ini... Aku tahu nak cuti aje esok... Nak cuti lama.... Actually banyak sebenarnya yang bermain dalam kepala aku nie.... Problem kat kampung... problem itu ... problem nak cari keje tetap...
macam - macam lagi... Emmmm.. tak yah cite lah.... iye le... semua org ada masalah.... sendiri... tul tak?...
So masa terluang ni rasa nak kongsi le sikit buat renung dan boleh diamalkan dalam kehidupan.. Tapi tak banyak le himpunan doa yang dapat aku kumpulkan... insyaallah akan aku usahakan cari lebih banyak lagi....



Doa untuk menjadi org yang sabar.



Doa memohon keampunan dan kesayangan

Doa untuk kebahagian sekeluarga

Doa mohon Keringanan Dan Kemudahan.






@@@@--- Mari Mengundi --- @@@@



Hari nie 4 november 2010, tarikh penentuan bagi galas sama ada kekal dengan pemerintahan yang lama atau bertukar pada pemerintahan yang lain... Kali ini pertembungan di antara satu lawan satu iaitu antara Barisan Nasional yang diwakili oleh Abdul Aziz Yusof dan PAS yang diwakili oleh Dr Zulkefli. Adakah PAS akan kekal mengekalkan pemerintahan mereka digalas? Jawapan semua ada ditangan pengundi. Kepada penyokong PAS semua.. berdoalah apa - apa sahaja boleh berlaku... Tuhan yang maha kaya, tuhan yang mengerakkan hati pengundi semua.

Berikut adalah serba sedikit proses pengundian PRK N.45 Galas sehingga pukul 11.00 am (sumber) :


Sejumlah 11,426 pemilih berdaftar bagi Dun Galas membuang undi bermula jam 8.00 pagi ini.

11.00am: Pondok panas PAS di kawasan
luar SK Seri Wangi penuh dengan pengundi yang mahu
mendapatkan maklumat pengundian.
10.58am: Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02%
(2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.

10.57am: Anggota Mafrel dilihat melakukan soal selidik kepada penyokong kedua-dua parti di Sek Keb Gua Musang dan Sek Keb Sungai Terah.

10.55am: Suasana sekitar pembuangan undi masih terkawal. Di SK Sri Wangi, kedua-dua penyokong masih bersemangat merayu undi. Mereka bagaimanapun dikawal pihak polis. Pagi tadi sudah berlaku kekecohan di sini sehingga pasukan FRU dikerah berkawal.Keseluruhan Batu Papan 542. Pengundi di sini adalah antara paling ramai dengan jumlah 542 orang pengundi.

10.15am: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di SK Tengku Muhammad Fakri.


10.02am: Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi. Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11 pagi.

10.00am: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad melawat pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.

9.51am: Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asli.

9.50am: Berlaku sedikit kekecohan di sini apabila kedudukan penyokong kedua-dua parti terlalu rapat sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

9.45am:
Di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang penyokong kedua-dua parti mula berbalas sorakan.Penyokong BN berbaju merah memegang sepanduk "PAS pembohong" manakala penyokong PAS "memegang sepanduk "Minyak naik lagi?".
9.40am: Polis mengarahkan penyokong BN menurunkan kain rentang memfitnah calon PAS selepas dibantah penyokong Pakatan Rakyat.

9.35am: Dr Zulkefli tiba di Calon smpai Sek Keb Sri Wangi.

9.31 am:
Calon PAS dalam perjalanan menuju ke kawasan membuang undi di Pulai.

9.30 am: Calon PAS, Dr Zulkefli ketika ditemui Harakahdaily menyeru kepada pengundi Galas agar keluar awal menunaikan tanggungjawab ekoran cuaca tidak menentu dan dijangka hujan petang ini.
"Saya menyeru semua pengundi keluar awal, kita risau kalau hujan turun, akan mengganggu perjalan kita untuk membuang undi."

9.25 am: Penyokong BN sedang bersorak 'hidup Umno' manakala penyokong PAS sedang berzikir diselangi laungan takbir.

9.20 am: Di Sek Men Kebangsaan Tengku Indra Petra 1, Polis bertindak menjarakkan kedudukan kedua-dua penyokong di sebelah menyebelah jalan bg mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

9.15 am: Ketika ditemubual oleh Stesen Astro Awani, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menyeru semua masyarakat di Dun Galas mengundi parti yang memperjuangkan Islam.

Beliau juga menyeru semua penyokong mengelak dari terlibat sebarang provokasi yang boleh mencetuskan pergeseran antara penyokong kedua-dua belah pihak.


"PAS sudah buktikan kita bukan parti buat kacau, kita bergerak secara 'wasata' (sederhana)," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

9.10 am: Calon PAS bersama Menteri Besar baru sahaja beredar dari pusat pembuangan undi Sek Men Kebangsaan tengku Indra Petra 1.

9.05 am: Berlaku kekecohan antara perayu undi dan penyokong di hadapan pusat pembuangan undi di Sek Men Kebangsaan tengku Indra Petra 1.

9.00 am: Proses pembuangan undi berlangsung dalam keadaan tenang, manakala cuaca di Galas mula mendung dan hujan gerimis mula turun.

8.40 am: Pengundi mula ramai keluar menunaikan tanggungjawab, ekoran

cuaca redup di waktu pagi dan dikhuatiri hujan petang ini.

8.20 am:
Terdapat pondok panas kedua-dua pihak, namun didirikan lebih 100meter dari tempat pembuangan undi.


******** hahahah ada macam penulis berita tak..... *****************


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...