Setiap orang mesti ada impian yang ingin dicapainya, sama jugalah dengan aku dan suamiku. Kami mempunyai satu impian dan impian itu akan jadi satu matlamat dan satu
best mark untuk kitorg capai. Tapi bak kata orang... Impian tak mudah dicapai dengan anggan - anggan kosong sahaja. Tapi bagi kami dari impian bawa kepada anggan - anggan dan ditambah pulak dengan usaha dan tawakal insyaallah jalan yang berliku dapat dipermudahkan oleh allah.
Impian kami adalah ingin bebas dari hutang, memiliki sebuah rumah sendiri, hidup bahagia dan dapat membantu ibubapa kami.. itu aje impian kami.
Kami tahu bukan senang untuk dicapai impian sebegini memandangkan liku - liku kehidupan yang kami lalui sekarang, tapi itu tidak mematahkan semangat kami. Kami akan terus jejaki dan buru impian itu sampai dapat. Bukan niat kami untuk berhutang sana sini, tapi kami tidak mampu untuk memulakan kehidupan baru kami disini. Satu persatu kitorang diuji dengan cubaan hidup yang penuh getir. Kami sendiri tidak minta untuk jadi seperti ini.
Setahun lebih kami lalui detik kesulitan ini dengan penuh redha. Boleh dikatakan setiap bulan dan setiap detik kami diuji oleh dugaan yang maha esa pada kami. Tapi kami terima dengan redha. Bagiku, tuhan tak akan menguji seseorang umat nya diluar kemampuan umatnya untuk menanggung dugaan itu. Yang penting aku dan suamiku harus kuat, sabar dan sentiasa mengingatinya.
Tanggal 28 Okt 2010, mungkinkah tarikh ini merupakan detik permulaan atau titik perubahan dalam hidup kami, kami mendapat offer dari abgku untuk joint partner bersamanya untuk menjayakan projek pemasangan ini. Memula kami berasa risau jugak memikirkan modal yang diperlukan untuk membeli alat dan perkakasan untuk projek ini. Tetapi alhamdulillah abgku sanggup mengeluarkan modalnya terdahulu dan kami yang mengerakkan projek ini. Pada masa itu, hatiku sungguh bersyukur padamu ya allah kerna kurniakan pada kami seorang abg yang begitu baik hati sekali kerna sudi menolong kami.
Terima kasih ya allah kerna kau menganugerahkan aku abg sebaik ini. Aku bersyukur pada mu ya allah... Mungkin impian kami hampir tercapai. Tawarannya agak lumayan. Setelah berbincang akhirnya kata sepakat telah diambil, kami sudi terima tawaran itu. Tapi untuk permulaan ini, kitorg memutuskan untuk mula dari bawah iaitu hasil pendapatan yang kitorg dapat kitorang akan bahagikan kepada 2 iaitu gaji dan simpanan untuk maintance dan membuka company untuk masa hadapan. Pikir - pikir balik tak salahkan mula dari bawah. Dari bawah naik ke atas.
Kami berjanji kepada abgku untuk betul - betul melakukan dan menjayakan projek ini dengan jayanya. Insyallah berkat doa dan kesabaran projek ini akan mula dijalankan pada 15 Nov 2010. Ya Allah semoga kau permudahkan kerja kami dan dapat mencapai impian kami ini. Terima kasih yang tak terhingga kulemparkan pada abgku kerna tidak jemu menolong dan membantu adikmu ini. Ku memohon seribu kemaafan kerna diri ini banyak menyusahkan dirimu sekeluarga. Insyallah diri ini tidak akan melupakan jasa - jasa yang kamu lemparkan pada kami.
"TERIMA KASIH BEBANYAK KULEMPARKAN PADAMU WAHAI ABGKU.... KAU TETAP ABG KAMI DUNIA DAN AKHIRAT. SEMOGA TUHAN MEMBALAS SEGALA JASA BAIK KAMU PADA KAMI..."
0 ulasan:
Post a Comment